Baru-baru ini, pengulas makanan Jason membuat reviu jujur sebuah restoran yang dipercayai telah bertapak lama di Shah Alam namun baru sahaja diketahuinya.
Padam video reviu makanan

Memetik laporan Vocket, restoran yang digelar hidden gem dan lagenda iaitu Restoran FC di Kompleks PKNS Shah Alam berjaya mempertahankan resipi ayam goreng rangupnya selama lebih empat dekad tanpa mengubah rasa asalnya.
@scaredtodie semua salah azleen #restoranfc #komplekspknsshahalam #friedchicken #kfc #ayamgoreng ♬ original sound – Jason 🇲🇾
Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan Jason mencuba menu ikonik di restoran itu iaitu ayam goreng bersama bun, mash potatoes dan coleslaw yang dihidangkan di atas pinggan seperti gaya retro.
Malah rating yang diberikan juga agak tinggi sebanyak 7/10 yang mana memberi gambaran bahawa Restoran FC memang menawarkan ayam goreng yang enak seperti yang diperkatakan oleh warga setempat.

Meninjau ke ruangan komen, warganet seakan reda apabila lokasi nostalgia yang dulunya menjadi rahsia kini sudah diketahui orang ramai.
Mereka juga berseloroh meminta Jason untuk memadam video tersebut kerana risau lokasi itu akan dipenuhi orang ramai sekaligus perlu menunggu lama bagi mendapatkan makanan kegemaran mereka.
Habis kantoi

Lepas ni tak boleh pergi tanpa beratur

Memang simpan tempat ni

Artikel lain: Cik Epal Kesal Difitnah, Individu Dakwa Bayar Jason Demi Bantu Perniagaan
Difahamkan, bagi kebanyakan warga setempat, lokasi ini bukan sekadar tempat makan, tetapi sebahagian daripada nostalgia zaman kanak-kanak yang kualiti rasanya kekal konsisten sehingga ke hari ini.
Sumber: Vocket (Hizam Jaafar)
