Pelakon wanita, Rozita Che Wan menuai perhatian warganet berhubung kes tunggakan hutang hampir RM1 juta terhadap Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Berikutan daripada itu, pihak Mara telah menyerbu masuk rumah pelakon terbabit dan telah menyita beberapa barangan milik peribadi yang dianggarkan bernilai tidak melebihi RM100,000.
Memetik Kosmo, ketika serbuan dijalankan di kediaman mewah yang berlokasi di Kota Damansara, Che Ta dan suaminya didapati tiada di rumah.
Menerusi laporan, wakil peguam MARA telah menyerahkan writ dan penilaian barangan susulan tiada maklum balas serta kerjasama dari pihak selebriti itu sebelum ini.
“Ini kali kedua pihak kami datang, kali pertama pada bulan lepas (November), hari ini pihak MARA datang untuk menilai jumlah barangan yang disita.
“Sebelum ini kami tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah ini, kemudian kami dapat perintah mahkamah dan berjaya untuk masuk dan menyita barangan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Che Ta dilihat tidak menghiraukan orang ramai yang mengecam dirinya apabila memuat naik satu hantaran memberikan ucapan selamat ulang tahun buat anak keduanya, Aniq Ezzra.
Che Ta juga memuat naik beberapa gambar juadah makanan anataranya sambal udang, siakap masak sweet sour, sayur goreng dan telur dadar yang dipercayai sebagai hidangan makanan tengah hari.
Dalam masa sama, Che Ta pula dilihat seolah-olah tidak mempedulikan orang ramai mengutuk dirinya apabila memberikan ucapan hari jadi buat anak keduanya, Aniq Ezzra.
Dia juga memuat naik gambar juadah makanan seperti sambal udang, siakap masak sweet sour, sayur goreng dan telur dadar yang dipercayai hidangan tengah harinya.
Kenapa ramai yang menyibuk dan mengecam dia berhutang. Bukan dia minta kita tolong bayar kan pun? Pandai lah dia nanti nak uruskan hutang dia. Tak payah nak kecam sangat.



Meninjau ke ruangan komen terdapat segelintir warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan ada juga yang memberikan kata-kata semangat kepada aktres cantik terbabit.
Sumber: Kosmo
