fbp
WeirdKaya BM

“Nasib Tak Terbelah Meja” – Lelaki Reda Nasi Ayam Penyet Tak Sesuai Dengan Pesanan.

Geram sangat tu :(

Nasi ayam penyet menu yang digemari ramai terutamanya golongan bujang kerana ia cukup mengenyangkan.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular satu perkongsian di TikTok, memaparkan seorang pemuda memesan nasi ayam penyet bertindak menepuk ayam goreng itu menjadi sedikit leper kerana bentuknya tidak seperti nama hidangan tersebut.

- Advertisements -
@amirulghazali__ Boleh masuk malaysia core tak kalini ? #malaysiacore ♬ suara asli – Breaks Music Group

Bukan itu sahaja, sahabatnya juga sempat bertanya akan bentuk ayam goreng yang dipesan tidaklah penyet dan terlihat seperti ayam goreng biasa.

“Ni makan apa? Tak penyet pun,” ucap sahabatnya.

- Advertisements -

Dalam pada itu, setelah mendengar soalan tersebut pemuda itu lantas menepuk ayam goreng tersebut sehingga penyet dan menjadi bahan tawa orang di sekeliling mereka.

Nasib tak terbelah meja tu. Ngekek aku.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terhibur melihat tindakan pemuda itu dan ada juga yang bergurau dengan menasihati lelaki tersebut supaya dapat menahan sabar.


We are hiring writers!
We are hiring writers!