Kemalangan membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mendapat liputan meluas dari dalam dan luar negara yang turut menzahirkan rasa simpati berhubung tragedi menyayat hati itu.
Aleeya Maisarah masih trauma

Salah seorang penuntut yang terselamat iaitu Aleeya Maisarah Azizzani, 21, dipercayai masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya bersama 41 penuntut UPSI yang lain sehingga meragut 15 nyawa dalam kejadian sekitar jam 1 pagi tersebut.
@abe.chik72 Pengorbanan seorang ayah utk anakda yg masih trauma dlm Excident bas UPSI, Anakda salah seorg yg terselamat dlm tragedi tersebut ALEEYA MAISARAH bt Azizzani. Selera merudum & meminta mknan dr air tgn Ayah. Sup Tulang Daging korban air tgn Ayahda buat anakda tersayang. #fyp #fyp #fyp #excidentbasUPSI ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") – Fadhilah Intan
Menerusi hantaran di TikTok @abe.chik72 , memaparkan bapa kepada Aleeya memasak sup tulang permintaan anaknya itu yang dipercayai hilang selera makan setelah mengetahui dirinya terselamat dari nahas bas terbabit.
“Pengorbanan seorang ayah untuk anak yang masih trauma dalam kemalangan bas UPSI.
“Aleeya salah seorang yang terselamat dalam tragedi tersebut namun selera makannya merudum dan meminta makanan daripada air tangan ayah. Sup Tulang daging korban air tangan ayahanda bua anakanda tersayang,” katanya di TikTok.
Dalam pada itu, dilihat bapa Aleeya sempat mengesat air mata semasa menyediakan makanan permintaan anak tercintanya itu dan mengakui sering memasak di rumah terutamanya apabila anak-anaknya pulang dari kampus untuk bercuti di kampung.

“Alhamdulillah dah menjadi kebiasaan bila anak-anak balik dari kampus memang mereka akan minta saya masak macam-macam, rasa beharga sangat air tangan ini buat anak-anak,” tambahnya lagi.
Difahamkan, anak perempuannya itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, kaki dan belakang badang. Aleeya yang dikatakan duduk di bahagian kanan bas memberitahu dirinya tidak mampu membantu rakan-rakannya yang menjerit meminta tolong ketika kemalangan berlaku.
Artikel lain: Hasrat Makan Bersama Tak Kesampaian, Sahabat Kenang Pemergian Adib Hazim – “Saya Halalkan Semua Makan Minum”
Untuk rekod, kemalangan melibatkan sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik telah meragut 15 nyawa pada 9 Jun minggu lalu.
Sumber: TikTok Abe chik
