Sepupu kepada seorang mangsa nahas bas membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd Sofian, 21, memberitahu bekalan yang dibawa oleh arwah untuk pulang ke kampus masih dalam keadaan baik dan tidak rosak.
Bekal Aqil Taqiuddin masih elok

Menerusi perkongsian di Facebook, sepupu arwah menunjukkan barang-barang yang terdapat dalam bagasi antaranya juadah yang dibekalkan dari kampung untuk dimakan bersama sahabatnya di kolej yang tidak kesampaian.
“Qil aku buka bagasi jumpa makanan yang mu bekalkan nak makan sama-sama dengan kawan-kawan kat UPSI masih elok lagi dan tak rosak makanannya,” kata sepupu Aqil Taqiuddin, baru-baru ini.
Sementara itu, sepupu arwah turut menunjukkan baju-baju peninggalan Aqil yang dibawa semasa terlibat dalam kemalangan dan mendoakan agar sepupunya tenang di tempat baharu.

“Sedihnya kami tengok keadaan baju mu Aqil. Kami sentiasa rindukan Aqil, berehatlah kamu di negeri abadi,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Hasrat Makan Bersama Tak Kesampaian, Sahabat Kenang Pemergian Adib Hazim – “Saya Halalkan Semua Makan Minum”
Untuk rekod, Allahyarham Aqil Taqiuddin merupakan salah seorang daripada 15 mangsa maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik, pada awal pagi Isnin.
Sumber: Facebook Kenji Channel
