Pelakon cantik, Nad Zainal memilih untuk hidup lebih bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan dalam membuat persediaan menyambut perayaan Aidilfitri yang pada Mac akan datang.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nad menjelaskan tindakan itu dibuat bagi menyimpan wang simpanan mencukupi bagi keperluan pendidikan anak-anaknya yang masih bersekolah.
@nad.zainal ikut kemampuan ok?
♬ original sound – Nad Zainal
“Baju raya saya tahun ini memang semua bawah RM100 dan kalau boleh bawah RM80.
“Tahun ini misi mencari pakaian raya yang murah dan cantik sebab sekarang banyak baju raya yang harganya atas RM200, RM300 dan ada juga lebih RM500,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Nad dan berpendapat orang ramai perlu berbelanja mengikut kemampuan masing-masing tanpa dipengaruhi gaya hidup individu lain.


Sumber: TikTok Nad Zainal
