Pelakon jelita, Mira Filzah menepis dakwaan anak lelakinya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar kekurangan makanan kerana bentuk fizikalnya yang terlalu kurus.

Kurus kerana genetik bapa
Menerusi potongan video di TikTok, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, bentuk tubuh Emir yang sedikit kurus dan tinggi mengikut genetik keluarga suaminya.
@zahnirgku4s #mirafilzah #fyp #foryou #foryoupage #fyp ♬ original sound – zahnirgku4s
“Anak nampak macam kurus macam kurang makan. Awak semua ni, kalau komen ada saja yang nak kata, gemuk tak boleh kurus tak boleh.
“Anak saya ni kurus dan tinggi ikut bapa dia, bapa-bapa saudara Emir semua tinggi 6 kaki ke atas. Emir ni kecil lagi dah tinggi padahal baru tiga tahun.
“Ada saja yang tak kena. Makan banyak pun nanti dia berak banyak juga,” kata Mira, baru-baru ini.

Tambah Mira lagi, proses tumbesaran anaknya adalah perkara biasa dan tidak menafikan kanak-kanak di usia Emir sedang aktif untuk bermain.
“Emir ni budak lelaki, setiap malam kalau lepas mandi masih berpeluh sebab dia aktif bermain, biasa lah tu,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, warganet bersetuju dengan pendapat Mira dan ada juga para ibu yang menceritakan pengalaman sama dalam membesarkan anak lelaki mereka.
Malah ada juga wargamaya memuji kecomelan Emir yang saling tak tumpah seperti wajah ibunya dan mendoakan agar anak kecil itu dapat membesar dengan baik.
Ikut genetik

Comel macam ibu

Pantang orang hina anak

Artikel lain: Mira Filzah Berhabis RM8,000 Untuk Makanan, Belanja Sekali Kru Ketika Penggambaran
Untuk info, Mira dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Sumber: TikTok zahnirgku4s
