Pelakon dan pengacara, Mira Filzah berkongsi perbelanjaan sehariannya dan mengakui tidak berkira dalam membeli sesuatu makanan yang diinginkan.
Habis ribuan ringgit untuk makanan

Menurut hantaran di TikTok, pemilik nama Amirah Filzah Badioezaman itu menjadi tetamu dalam segmen Pasang Badan bersama penyampai radio Radin untuk berkongsi jenama pakaian dan jumlah harga yang dikenakan oleh aktres jelita itu.
@radinamiraffendy Pasang Badan x @Mira Filzah #pasangbadan #mirafilzah #mandulbukanpilihan #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan Idea asal: @DJ Nazz Video: @zarul zulkifli ♬ original sound – RAA
“Hijab ini brand saya ataupun hanya sample, harganya dalam RM69. Saya juga penggemar bawal cotton.
“Cermin mata dari jenama Blue Elephant tapi harganya saya tak ingat. Menariknya hari ini, seluar, inner dan blazer saya beli di Bangkok, Thailand. Murah-murah sahaja, semua harganya bawah RM100.
“Jam tangan pula Apple Watch, saya dapat hadiah hari lahir daripada suami. Boots dari MNG, harga dalam RM200 lebih. Perfume pula Coach Wild Rose, harga RM700,” kata Mira, baru-baru ini.

Pelakon drama Sweet Dreams itu tidak menafikan bahawa dirinya tidak memperuntukkan perbelajaan yang besar bagi alat solekan dan produk penjagaan kulit seperti wanita-wanita lain.
“Untuk make up saya tak spend banyak sebab saya selalu panggil jurusolek. Jadi, make up saya yang asas sahaja. Penjagaan kulit pun sama juga,” jelasnya.
Namun begitu, ibu kepada seorang anak itu menjelaskan bahawa dia sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi servis penghantaran makanan.

“Perbelanjaan saya yang paling banyak adalah untuk makanan iaitu servis penghantaran.
“Saya suka pesan makanan dari grabfood. Kalau saya teringin saya akan beli dan kadang-kadang jika di set penggambaran saya belikan juga untuk semua kru.
“Kalau saya bayar kad kredit saya untuk servis penghantaran makanan sahaja, saya bayar dalam RM7,000 ke 8,000,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Kanak-kanak menabung beli durian, peniaga murah hati beri Musang King percuma
Perkongsian itu telah menerima respon positif dalam kalangan warganet dan mendakwa rezeki pelakon itu sentiasa mengalir kerana tidak berkira untuk berkongsi rezeki bersama orang lain.
Sumber: TikTok radinamiraffendy
