fbp
WeirdKaya BM

Mereka Boleh Rampas Apa Kita Ada, Tapi Tak Boleh Rampas Apa Yang Allah Ada – Haroqs

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang aktivis kemanusian tidak kesampaian memberikan coklat kepada anak-anak Gaza apabila beliau bersama 23 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika menyertai misi GSF.

Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami, merupakan personaliti media sosial berusia 25 tahun menyertai misi kemanusiaan itu dengan menaiki kapal Free Willy bersama aktivis lain.

@haroqscrazy

Sejujurnya saya menangis bila kali pertama lihat video mereka dan di situ saya sedih dan gembira kerana Allah mendengar doa kita semua ❤️ meminta lah kepada-Nya kerana Allah itu Maha Pemberi

♬ Another Love Tom Odell Speed – Maratón Flixx

Bagaimanapun, Haroqs bersama peserta lain dari Malaysia telag dibebaskan pada Sabtu lalu selepas ditahan rejim Zionis di perairan antarabangsa dan selamat tiba ke tanah air malam tadi.

Menerusi perkongsian terbaru di TikTok, Haroqs meluahkan rasa sebak biarpun hasrat untuk memberi coklat buat anak-anak Gaza tidak kesampaian namun doanya dimakbulkan.

“Mereka boleh rampas apa yang kita ada tapi mereka tidak boleh rampas apa yang Allah ada,” kata Haroqs, hari ini.

Dalam pada itu, Haroqs juga mengakui turut sebak melihat video di mana rakyat Palestin yang turun dari pantai membawa ikan sebagai hasil memasang jaring.

“Sejujurnya saya menangis bila kali pertama lihat video mereka dan di situ saya sedih dan gembira kerana Allah mendengar doa kita semua meminta lah kepada-Nya kerana Allah itu Maha Pemberi,” jelasnya.

Terdahulu, Haroqs memuat naik satu hantaran sedang memancing semasa pelayaran dalam misi GSF dan sempat meminta agar rakyat Palestin dilimpahkan rezeki seperti ikan yang diperolehinya.

@haroqscrazy

Ya Allah kau hujankanlah rezeki kepada saudaraku di g seperti ikan ini malah lebih besar dan banyak kepada mereka ❤️

♬ Past Lives – Jon Poppii
“Ya Allah kau hujankanlah rezeki kepada saudaraku di g seperti ikan ini malah lebih besar dan banyak kepada mereka,” pintanya.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih lebih 820,000 tontonan dan menerima lebih 158,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Haroqscrazy


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Mereka Boleh Rampas Apa Kita Ada, Tapi Tak Boleh Rampas Apa Yang Allah Ada – Haroqs