Pengasas Niase, Dania Sedek sekali lagi tular di media sosial apabila memberi penjelasan terhadap komen netizen berkaitan bahan-bahan yang digunakan dalam proses pembuatan Tomsaab.
Menerusi hantaran di TikTok milik Dania, usahawan muda itu menjawab pertanyaan salah seoarang pengikutnya yang berpendapat adakah perlu menyebut penggunaan ketumbar jawa dalam sebuah video terdahulu yang dianggap satu bahan yang unik dan sukar ditemui.
@daniasedek Replying to @BAWAN 🤾🏻♀️ ♬ Ani mayuni sedap – Oyennnn_93
“Ketumbar jawa saya perlu sebut sebab dia tiada di semua tempat terutamanya di Ipoh. Ketumbar jawa ini dianggap satu bahan yang unik.
“Banyak restoran tidak guna ketumbar jawa kerana harganya mahal dan paling penting dia bahan yang sukar didapati,” ucap Dania
Dalam pada itu, Dania juga memberitahu penggunaan ketumbar jawa membuatkan Tomsaab menjadi bertambah enak kerana aroma yang cukup wangi dan pasti disukai ramai.
“Ketumbar jawa ini rasanya sedap, bau dia wangi, dia ada tekstur yang sedikit keras dan bau dia lebih wangi dari ketumbar biasa.
“Kalau orang tak boleh makan ketumbar jawa biasa yang berbau lipas katanya, insya-Allah ketumbar ini boleh jadi pilihan untuk anda.
“Kami cuba sehabis baik dan sedaya kami untuk bagi kalian menikmati tomsaab yang sebenar dan sempurna,” jelas Dania lagi.
Sebagai seorang yang anti daun ketumbar bau serengga, saya setuju ketumbar jawa ni wangi dan tiada bau lipas!😆




Meninjau ke ruangan komen, warganet bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Dania dan ada juga yang mempertahankan usahawan muda ini biarpun berkali-kali menjadi bahan kecaman netizen yang tidak berpuas hati.
