fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

“Memang Ngam Teruk!” – Namplawan Rojak Menu Viral Wajib Cuba!

Pekat dan likat, cair di mulut!

Rojak dalam Bahasa Melayu didefinisikan sebagai campur. Oleh itu, Rojak kebiasaannya dimakan dengan pelbagai campuran buah-buahan bersama sos yang pedas dan manis.

Rojak sangat terkenal di kalangan bangsa Melayu dan ia mudah didapati di mana-mana sahaja kerana proses pembuatannya tidak terlalu rumit. Rojak juga bukan didatangkan dengan buah-buahan sahaja, ada juga rojak sayur yang sangat segar dan mengenyangkan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Memang WAJIB cuba Rojak kat sini 🥰. Ada 2 pilihan sos yang boleh korang cuba memang sedap 😋😍. #klfoodie #rojakbuahnamplawan #rojak #MYFoodie #MakanLokal #tiktokmalaysia #foodexploration #virall ♬ คนจนมิสิทธิ์มั๊ยคะ – Hight Crown

Namplawan Rojak adalah lokasi terbaik untuk mendapat hidangan ini. Terletak di Keramat Au3, gerai ini menjual rojak ala-ala Thai membuatkan ia tampil sedikit berbeza.

Terdapat lima jenis buah yang dalam satu portion jika anda membeli rojak disini. Contohnya, buah epal, nenas, dan betik. Rojak akan dicampur dengan asam dan gula lalu digaul sebati sebelum dituangkan sos pekat manis resepi rahsia.

Dua pilihan sos yang disediakan, mengikut citarasa masing-masing. Pelanggan boleh memilih sama ada sos rojak biasa atau sos namplawan. Tekstur sos pekat dan manis memang kombinasi yang baik dengan rasa buah yang sedikit masam.

Sedap, dah makan!

Menelusuri ke ruangan komen, warganet memuji keenakan rojak terbabit dan ada juga yang tidak sabar untuk mencubanya sendiri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > “Memang Ngam Teruk!” – Namplawan Rojak Menu Viral Wajib Cuba!