fbp
WeirdKaya BM

Matcha Jadi Pilihan Ramai, Ketahui 5 Kebaikannya Terhadap Kesihatan.

Patut lah sedap.

Matcha merupakan teh hijau asal Jepun iaitu digilis halus sehingga menjadi serbuk. Matcha tidak seperti teh hijau biasa yang dibancuh bersama air panas dan kemudian ditapis, matcha diminum dengan mencampurkan serbuk teh terus ke dalam air membuatkan ia lebih kaya akan antioksidan, vitamin, dan mineral.

- Advertisements -

Matcha memiliki rasa yang khas, iaitu sedikit pahit dengan sedikit rasa manis, dan sering kali disajikan dalam upacara teh tradisional Jepun. Selain diminum sebagai teh, Matcha juga digunakan dalam berbagai makanan dan minuman lain, seperti kek, aiskrim, dan latte.

- Advertisements -
Matcha jadi pilihan ramai, ketahui 5 kebaikannya terhadap kesihatan. | weirdkaya

Seperti dilaporkan oleh Eating Well, di sebalik rasanya yang unik, Matcha mengandungi beberapa sebatian yang bermanfaat bagi kesihatan.

1. Meningkatkan fungsi otak

- Advertisements -

Selain menjadi sumber L-theanine yang sangat baik, matcha juga mengandungi sedikit kafein. L-theanine dan kafein dapat meningkatkan daya ingatan dan kewaspadaan mental.

L-theanine dapat membantu mengelakkan perasaan gelisah dan cemas akibat pengambilan kafein, serta meningkatkan perasaan relaks.

Matcha juga membantu mengurangkan stres oksidatif, yang dapat merosakkan neuron di otak dan berkaitan dengan penurunan kognitif dan gangguan memori.

2. Mengurangkan risiko kanser

Matcha dapat membantu mengurangkan risiko kanser dengan menghentikan pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan stres oksidatif, yang meningkatkan risiko kerosakan DNA dan pembentukan tumor. Mempunyai antioksidan kuat, iaitu EGCG dapat membantu melindungi sel-sel dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, yang merupakan molekul yang dapat merosak DNA dan membawa pertumbuhan kanser.

3. Menjaga kesihatan usus

- Advertisements -

Menghirup teh matcha secara teratur baik untuk usus.

Epigallocatechin gallate (EGCG) dalam matcha membantu menyokong kesihatan usus dengan menangkal bakteria berbahaya dan mendorong pertumbuhan bakteria bermanfaat dalam usus.

4. Membantu mengurus kadar gula darah

- Advertisements -

Matcha dapat membantu menurunkan kadar glukosa darah melalui kemampuannya untuk meningkatkan sensitiviti insulin. Bukan itu sahaja, ia juga adalah minuman rendah kalori dengan kandungan vitamin dan mineral yang sangat sedikit.

Namun, matcha mempunyai sumber sebatian bioaktif yang signifikan, termasuk L-theanine, quercetin, katekin, kafein, dan klorofil.

5. Baik untuk kesihatan hati

- Advertisements -

Matcha kaya akan antioksidan, khususnya epigallocatechin gallate (EGCG), yang membantu melawan stres oksidatif dalam tubuh. Stres oksidatif adalah salah satu penyebab kerusakan sel, termasuk sel-sel hati, yang boleh menyebabkan penyakit hati.

Selain itu, Klorofil yang terkandung dalam matcha membantu detoksifikasi tubuh dengan membantu fungsi hati dalam mengeluarkan racun dari darah. Ini sangat penting untuk menjaga kesihatan hati.

Sumber: mStar


We are hiring writers!
We are hiring writers!