Makanan Korea cukup terkenal dari hari ke hari. Kebanyakan hidangan mereka berasaskan beras, ayam, tauhu, dan mi. Makanan korea tidak lengkap jika tiada banchan iaitu makanan sampingan yang terdiri daripada pelbagai jenis lauk.
Kimchi makanan yang tidak boleh ketinggalan, ia diperbuat dari sayur-sayuran yang dijadikan jeruk seperti lobak, sawi, dan timun. Kimchi adalah sangat penting bagi masyarakat korea kerana ia juga dijadikan bahan utama dalam segala masakan.
@ezlokal.food Jinjja Sedap! Paling favourite ramen & creamy bowl, rasa setiap hari nak repeat #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #makanankorea #koreanchicken #oppadak #shahalamfoodie ♬ Drama – aespa
Oppadak Korean Oven Baked Chicken! Tempat terbaik untuk menikmati makanan korea yang enak. Berlokasi di Aeon Mall Shall Alam, restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Menu pertama wajib cuba ialah Spicy Dakgalbi Noodle! Pasti ramai yang terkejut apabila melihat makanan ini kerana terdapat roasted chicken yang digabungkan bersama tteokbokki. Rasa ayam yang sangat flavourful dan juicy tentu membuka selera sesiapa sahaja.
Creamy Chicken Bowl! Dihidangkan bersama garlic taste memang sangat beraroma. Tekstur sos yang begitu creamy membuatkan makanan ini menjadi bertambah lazat. Cheese Kimchi Bokkeumbap pula memangkuat dengan rasa telur dan keju yang seimbang.
Terdapat juga Cheese Sprinkle Baked Chicken yang memberikan rasa yang unik dan enak. Taburan serbuk keju yang sangat wangi di atas ayam yang begitu rangup memang menagihkan. Buat yang suka pedas, jangan lupa memesan Spicy Dakgalbi Baked Chicken sememangnya pasti terangkat.
Masakan Melayu juga win!
Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji keenakan masakan di Oppadak dan tidak sabar untuk berkunjung semula ke restoran terbabit.