Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Opai Alpiaw menjadi perhatian netizen apabila menggunakan daging jenis premium dalam menyediakan juadah ketika sambutan Aidiladha.
Masak rendang wagyu A5
@aliff_awang Rendang wakyu
♬ original sound – Opai Alpiaw
Menerusi hantaran di TikTok, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang, menyediakan rendang menggunakan daging wagyu jenis A5 Miyazaki yang dipercayai berharga lebih RM4000.
“Hari ini kita akan gunakan A5 Miyazaki bahagian tenderloin, dia tak berlemak macam sirlon dan ribeye.
“Untuk tenderloin atau fillet mignon, tekstur ‘mabeling’ boleh lihat memang sempurna,” kata Aliff pada Sabtu.
Dalam pada itu, Aliff sempat memberitahu harga daging yang digunakan dan bersyukur kerana mampu memberikan yang terbaik buat ahli keluarganya.

“Harga daging satu kilogram 1,600 tapi saya dapat 50% potongan harga jadi saya beli empat kilogram dalam RM4,000 lebih sahaja.
“Allah bagi saya rezeki isteri yang baik, ibu saya sihat, bapa saya sihat dan anak-anak saya pandai-pandai hafal Al-Quran jadi hari ini kita makan wagyu,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen netizen memuji Alif kerana berusaha untuk cuba menyediakan makanan yang berkualiti buat keluarga biarpun harganya sedikit mahal.
Malah ada juga warganet gembira melihat rezeki yang diberikan Tuhan buat Alif dan berdoa agar usahawan itu sentiasa merendah diri dan dilimpahkan rezeki berpanjangan.
Rendang lain level

Hebat rezeki Allah

Masak kicap lagi sedap

Artikel lain: Haiwan Korban Menangis, Lelaki Reda Lepaskan Lembu Kesayangan – “Moga Kita Berjumpa Lagi”
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan dan menerima lebih 9,000 tanda suka.
Sumber: TikTok aliff_awang
