Usahawan kontroversi, Alif Syukri menjadi tumpuan netizen apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ibu tercinta, Bonda Rozita Ibrahim.
Pengasas D’Herbs Healthy Sdn. Bhd itu membawa seluruh keluarganya membuat kejutan bersama sebuah Toyota Vellfire buat ibu tercinta.
Menerusi hantaran Bonda Rozita di TikTok, dia amat bersyukur anak lelakinya sudah banyak berubah dan sentiasa ingin menggembirakan hatinya.
@ibondarozitaibrahim Manusia boleh berubah ..@Dherbs Terlajak Laris keras dan susah ditegur , selalu sy nangis sikap dia .. Dalam 3 tahun ni .. Dia berubah byk sgt2 , jiwa sy tenang Allah maha baik ..Allah dengar doa bonda . Macm2 dia bagi Sy pulangkan 2015 hadiah kri Merz Sport .. Dia belikan sy moto mahal, sy pulangkan balik atas plat no JRW 133 itu ialah plat no yg sy tak lupa sbb sy tak pakai pun keta2 tu .. bazir je tersadai keta tu baik sy pulangkan balik . . Betapa dia sgt nak berjasa pd sy..!! Dia ingat susahnya sy besarkan mereka. Kali ni dia berikan lagi keta yg sebarunya .. Sebelum ni recond Alphard .. sy terharu bukan sbb duit sbb sy pun ada duit ..!! Sbb dia nak sgt sy gembira dgn family . Jujur Kri & sy bukan senang buat buisness sekarang..!! Struggle susah niaga sekarang nak dapatkan sale Dia usahakan nak juga sy merasa duit dia , dilayan bagai Ratu ( dia takut kalau xsempat berbakti dgn hasil niaganya , nak sgt dia sy bahagia bersama family dihujung2 usia sy yg semakin tua) . @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs terimakasih kasih sayang & perhatian kamu selalu tanya kabar mak .. mak sorok semua kesakitan Mak , supaya kamu tak dapat hidu — mak terharu sbb sedaya upaya kamu nak mak gembira #ibondarozitaibrahim #jrmprodukbonda #rumahhutanbondarozita ♬ Humoresque Music Box – Carlos Carty
“Manusia boleh berubah, Kri keras dan susah ditegur. Selalu saya nangis dengan sikap dia.
“Dalam 3 tahun ni, dia berubah banyak sangat, jiwa saya tenang Allah maha baik. Allah dengar doa bonda,” tulis Bonda di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Bonda juga menyifatkan Aliff Syukri seorang anak yang ingin berjasa kepada kedua ibu bapa dan tidak kedekut dengan rezeki yang dimiliki.
“Macam-macam dia bagi, saya pulangkan. 2015 hadiah Kri Merz Sport!
“Dia belikan saya moto mahal saya pulangkan balik atas plat no JRW133 itu ialah plat no yang saya tak lupa sebab saya tak pakai pun kereta itu. Bazir je tersadai keretanya, baik saya pulangkan.
“Betapa dia sangat mahu berjasa pada saya! Dia ingat susahnya saya besarkan mereka. Saya terharu bukan sebab duit sebab saya pun ada duit! Tapi sebab dia nak sangat saya gembira dengan keluarga,” tambah Bonda.
Bukan itu sahaja, Bonda juga akui dalam dunia perniagaan ada untung dan rugi namun anak lelakinya itu tetap bertekad memastikan dia dapat merasai hasil usaha perniagaan anaknya.
“Jujur Kri & saya bukan senang buat perniagaan sekarang! Struggle susah niaga nak dapatkan sale.
“Dia usahakan nak juga saya merasa duit dia, dilayan bagai ratu. Dia takut kalau tak sempat berbakti dengan hasil niaganya, nak sagat dia saya bahagia bersama keluarga di hujung usia saya yang semakin tua,” jelas Bonda lagi.
Aliff Syukri ni hebat sangat walaupun maknya dah kaya tapi tetap segala benda nak bagi mak…
Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji sifat Aliff Syukri yang sentiasa menyayangi ibunya dan ada juga yang mendoakan agar usahawan terbabit sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.