fbp
WeirdKaya BM

Martabak Bang Buat Netizen Terliur? Terkejut Rasa Macam…

Ubat kencing manis ni :)

Martabak merupakan sejenis makanan berlauk seakan roti canai namun diisi dengan inti daging cincang, telur, rempah, dan bawang. Nama martabak dikatakan berasal dari Bahasa Arab iaitu mutabbaq yang bermaksud hidangan yang dimasak di atas talam rata.

- Advertisements -

Makanan ini cukup terkenal di bahagian Timur Tengah dan dipercayai mula diperkenalkan di Yaman. Martabak Indonesia juga cukup terkenal, namun sedikit berbeza kerana bentuknya seakan apam balik tetapi dihiasi dengan topping yang berbeza.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap sangat! Lepas makan nasi padang terus makan Martabak Indonesian Style #martabak #martabakmanis #padang #bukitjelutong #shahalam #foodie ♬ DOLA DOLA KITA SALAH DOLA MALBAR X FAYZ REMIX – Malbar OnTheBeat

Martabak Bang! Gerai ini berlokasi di G12 Radia, Commercial Centre Grand Sari Ratu Prima, Bukit Jelutong, 40150, Shah Alam, Selangor.

Menu utama yang wajib cuba ialah Martabak Indonesia. Didatangkan dengan pelbagai perisa yang sangat enak dan menarik sudah tentu tidak mengecewakan. Tekstur martabak yang tebal bersama coklat yang premium memang cukup menagihkan.

- Advertisements -

Martabak Daging Telur, sesuai buat mereka yang tidak suka akan manis dan inginkan rasa sedikit masin dengan hirisan daging kecil yang sangat enak. Inti daging sangat tebal dan tidak kedekut cukup memberikan rasa kenyang dalam tempoh seharian.

Tak manis sangat ke ni?

Martabak bang buat netizen terliur? Terkejut rasa macam... | weirdkaya

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terliur melihat keenakan martabak terbabit dan ada juga yang tidak sabar untuk merasainya sendiri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!