Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan Sate Bhalut yang dijual oleh penyanyi Mark Adam dikatakan terlalu mahal dan tidak berbaloi.
Sate Bhalut dijual dengan harga RM 21.90 untuk tiga cucuk bersama air blue lemon dan telah menerima keceman daripada netizen kerana harga yang dikenakan dianggap tidak logik dengan kos penyediaan produknya itu.
@norsyiellaannuar Sate Bhalut Mark Adam tu bukan mahal cuma kau je yang tak ada duit 🥲🥹 #sataybhalut #markadam #foodies #viraltiktok ♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra
Menerusi hantaran salah seorang pengguna TikTok @norsyiellaannuar, memuat naik perkongsian menu di salah sebuah restoran tempatan dilihat hampir sama dengan sate yang dijual oleh penyanyi, Mark Adam.
“Benda dah lama ada kat sate kajang ni, murah je.
“Kalau nak merasa sate balut dengan kulit popiah, cari je kat Sate Kajang Haji Samuri. Sate Bhalut Mark Adam tu bukan mahal, cuma kau je yang tiada duit,” tulisnya.
Sate Mark Adam yang buat promosi tak pasal-pasal sale sate kajang yang bloom.



Meninjau ke ruangan komen, warganet berasa teruja kerana mempunyai pilihan yang lebih murah bagi memenuhi keinginan mereka dan ada juga yang cuba mempertahankan penyanyi terbabit dengan memberitahu bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi.
