Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi perhatian warganet kerana berkongsi resit bil makan malam sebanyak RM2294.50 di sebuah restoran mewah.

Menurut hantaran di TikTok Cik B, dia memuat naik beberapa keping gambar dan lebih mengejutkan makan malam itu dihadiri oleh seoarang lelaki yang dikatakan hanya seorang kawan.
“Bestie ajak dinner,” tulis Cik B.
Dalam pada itu, Cik B juga menerima sejambak bunga dan barangan jenama mewah seperti Hermes oleh lelaki terbabit.
Bukan itu sahaja, lebih mencuit hati apabila Cik B menikmati nasi kandar selepas pulang dari restoran mewah itu kerana meninginkan nasi yang lebih kenyang.
Cik B pun dah ada, kita bila lagi?




Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terkejut melihat gambar lelaki yang dimuat naik oleh Cik B dan ada juga yang beranggapan bahawa anak kepada usahawan terkenal ini sedang dilamun cinta.
