fbp
WeirdKaya BM

Makan Durian Guna Sudu, Awie Jadi Bahan Jenaka Sahabat – “Jangan Beritahu Orang Wei!”

Hati kau lembut Roy :)

Penyanyi dan pelakon terkenal, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman meraih tumpuan warganet setelah menikmati durian menggunakan sudu.

- Advertisements -

Dalam pada itu, Awie dilihat menjadi bahan ejekan rakan-rakannya kerana menganggap tindakan tersebut sedikit pelik memandangkan statusnya sebagai seorang anak Melayu.

- Advertisements -

Menerusi hantaran di TikTok Roy Azman, memperlihatkan Awie sedikit malu dan cuba berselindung agar perbuatannya tidak dapat dirakam oleh kamera.

@thisisroyazman 1st time tengok camni wooo haha 🤣 #wmgs #wmgsasean #wmgskl @awiealpamalo ♬ bunyi asal – Roy Azman

“Entah Melayu mana? Makan durian pakai sudu,” kata Roy sambil ketawa.

- Advertisements -

“Jangan cerita kat orang, malu wei,” jawab Awie.

Awie gangster pun kena bahan dengan Roy Azman.

Makan durian guna sudu, awie jadi bahan jenaka sahabat -
Makan durian guna sudu, awie jadi bahan jenaka sahabat -

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terkejut melihat cara Awie menikmati durian dan ada juga segelintir waraganet yang terhibur melihat gelagat Roy Azman menyakat sahabatnya itu.


We are hiring writers!
We are hiring writers!