Mendapat jolokan sebagai raja buah, durian cukup sinonim dengan rakyat Malaysia dan juga penduduk di rantau Asia Tenggara.
Bagaimanapun, tidak semua masyarakat boleh menerima aroma daripada buah tersebut yang dianggap harum terutama apabila berada di negara lain.

Baru-baru ini, tular sepasang suami isteri menetap di Paris berdepan detik cemas apabila menikmati hidangan pulut durian.
Dikatakan, sepasukan anggota bomba tiba di kediamannya apabila menerima laporan kebocoran gas di kawasan pangsapuri itu.

Laporan itu dibuat oleh jiran yang berada di tingkat atas apabila menghidu bau yang cukup kuat sehingga melibatkan pihak bomba.
Menerusi perkongsian di TikTok, pasukan bomba melakukan pemeriksaan rapi namun tidak menemui sebarang punca kebocoran.
@faroy Kecoh satu bangunan bila org malaysia makan durian dlm rumah… satu pasukan bomba dtg nk cari mne dtg punca bau gas (durian) 😅 #fyppppppppppppppppppppppp #durian #viral #malaysia ♬ original sound – FroyJall
“Bomba cari tak jumpa, kemudian dia panggil syarikat gas yang salur gas kat bangunan tu datang, periksa pakai meter gas, meter gas kosong, kitorang buat tak tahu jelah,” katanya.
Jelasnya, buah tersebut dibeli dari sebuah premis di China town, Paris, yang merupakan lokasi menjual buah-buahan Asia termasuk durian.
Namun begitu, sekiranya bau tersebut disahkan berpunca daripada durian, ia boleh dianggap mengganggu keselesaan penghuni dan boleh dikenakan tindakan.

“Kalau didapati berpunca dari durian akan jadi satu kesalahan sebab mengganggu keselesaan penghuni dan boleh kena saman sebab bau busuk.
“Memang baguslah orang Paris, bau benda luar biasa terus buat laporan, rasa bersalah betul diri ni,” tambahnya di ruangan komen.
Insiden itu bukan sahaja mengundang tawa, tetapi menjadi pengajaran bahawa selera dan budaya makanan setiap negara cukup berbeza.
