fbp
WeirdKaya BM

Mak Jah Jual Nasi Berlauk RM3 Demi Arwah Keluarga – “Saya Tak Peduli Apa Orang Katakan, Saya Ingin Buat Baik”

#InspirasiLokal

“Berniaga Mesti Nak Untung” bukan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan diri Puan Siti Normala atau lebih mesra disapa Mak Jah. Peniaga nasi berlauk RM3 di Puchong Permai itu menjual puluhan lauk yang menjadi pilihan masyarakat sekitar tanpa mengira bangsa.

Kerana mak, ayah, dan adik tersayang

Mak Jah Peniaga Nasi Berlauk RM3, Gambar Oleh Ezlokal.food

Beliau mula berniaga sambil bersedekah setelah peristiwa 10 hari sebelum arwah mak tercinta pergi, arwah meninggalkan satu pesan yang terpahat di hati serta ingatan Mak Jah hingga hari ini.

Jangan susahkan orang, banyak orang susah dan buat apa yang orang suka

Dugaan demi dugaan menimpa diri setelah arwah mak, adik dan bapa tercinta juga turut dijemput Illahi. Mewarisi perniagaan mak tercinta, Mak Jah menjual nasi pelbagai lauk RM3 pada setiap hari Selasa. Beliau menyifatkan hari tersebut membawa beribu makna buat dirinya kerana beliau menunaikan janji yang dibuat bersama arwah mak. Menjadi kekuatan untuk terus berjuang, Mak Jah berharap segala amalan kebaikan yang diusahakan membawa keberkatan untuk arwah mak, ayah, dan adik yang telah pergi.

“Nasi RM3 ini khas untuk orang-orang yang saya sangat sayang dan pelanggan yang tidak pernah berhenti menyokong kami.

Saya masak & berniaga untuk mereka

Gambar Oleh Ezlokal.food

Mak Jah akui masih bersemangat untuk berniaga kerana mengenangkan sokongan daripada orang sekitar bermula daripada pelanggan, pemilik kedai runcit dimana beliau berniaga, hingga pembekal bahan mentah. Mak Jah berbesar hati melihat jualannya yang dinikmati segenap masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ada yang kelaparan pulang dari kedainya dengan senyuman dapat membeli nasi dan lauk serendah RM3, ada juga pulang dengan hati senang kerana turut berkongsi rezeki dengan cara membayar lebih.

“Mak Jah selalu letak diri ini di dalam mereka yang datang dengan beribu cerita, kerana itu saya kekalkan nasi bajet.

“Kalau orang yang ‘mampu’ datang untuk makan itu luar biasa, kalau orang yang tidak ‘mampu’ datang itu bermakna dia datang dengan cerita yang pelbagai seperti tidak cukup wang dan sebagainya. Mak Jah pasti akan cuba yang terbaik untuk membantu mereka kerana dulu saya di situ.

Tangan ghaib untuk anak-anak kecil

Bukan sekadar menjual makanan murah pada hari Selasa, Mak Jah turut mengeluarkan infaq untuk anak-anak yang baru pulang dari sekolah.

Gambar Oleh Ezlokal.food

Sepanjang menjalankan perniagaan, Mak Jah sering menjumpai duit-duit diselit di merata tempat oleh pelanggan yang membayar lebih. Peniaga itu mengumpulkan duit berkenaan untuk tujuan infaq dan turut memberikan peluang kepada pelanggan yang ingin membuat infaq buat anak-anak sekolah berdekatan.

“Saya memilih untuk infaq buat anak-anak sekolah kerana mereka yang pulang dari sekolah mempunyai 1001 cerita yang berbeza. Ada yang berlapar di sekolah, ada yang berkongsi makanan dengan kawan empat orang, ada juga yang membawa makanan pulang ke rumah untuk berkongsi dengan adik di rumah.

“Saya tak peduli apa orang katakan, saya ingin buat baik.

Kisah Mak Jah bukan hanya tentang peniaga yang menjual makanan murah, namun ia juga tentang kasih seorang anak, kakak, dan ibu. Mak Jah menjual nasi berlauk RM3 setiap Selasa tanpa mengira untung dan gaji untuk dirinya hanya modal.

Mak Jah tak risau untung rugi yang penting kesejahteraan orang yang tersayang di sana

@ezlokal.food

“Jangan pernah naikkan harga & jangan pernah susahkan orang.” Itulah kata-kata yang menjadi pegangan dan kekuatan buat Mak Jah untuk terus menjual Nasi Campur RM3 di Puchong. Bukan sekadar juadah yang ringkas, tapi di sinilah puluhan lauk kampung dan masakan ala ibu dihidangkan dengan penuh kasih sayang, penuh keikhlasan. Setiap hari selasa hanya RM3 dan hari lain pula serendah RM5. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Mak Jah sentiasa memilih untuk mendahulukan rezeki orang lain sebelum bahagiannya sendiri. Satu definisi terbaik #InspirasiLokal semoga kisah ini memberi manfaat dan menyentuh hati semua. 📍Hadapan Shell Puchong Permai, Jalan Puchong Permai 2. *Hak cipta terpelihara oleh Ezlokal. Dilarang menyiar semula tanpa kebenaran rasmi. #makananmurah #peniagakecil #makjahnasicampur #sembangentertainment #beritatiktok #fyp #klfoodie #viral #ezlokal #berita #videoviral

♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾 – ezLokal.food 🇲🇾
Video Oleh Ezlokal.food

Popular dengan lauk ayam merah, daging masak lada hitam dan nasi tambah percuma, Mak Jah beroperasi Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di hadapan Shell Puchong Permai.


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Mak Jah Jual Nasi Berlauk RM3 Demi Arwah Keluarga – “Saya Tak Peduli Apa Orang Katakan, Saya Ingin Buat Baik”