WeirdKaya BM

Mahir Memasak Di Dapur, Anak Aliff Syukri Terima Pujian – “Tak Kekok Buat Kerja Rumah”

Anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra menjadi tumpuan ramai apabila mahir memasak di dapur.

Menerusi perkongsian di Instagram, Datin Nur Shahida menunjukkan anaknya Qadejah sedang menyediakan piza buat adik-adiknya selepas pulang dari sekolah.

https://www.instagram.com/p/DRuHIipEsgL
“Balik je sekolah petang tadi dia sendiri pergi kedai beli barang barang masakan.
“Katanya hari ni nak masak piza untuk adik-adik dia. Mama sendiri pun tak pandai buat Pizza. Biasa kita order je mana-mana,” tulis Shahida.

Dalam pada itu, Shahida memberikan ulasan jujur tentang masakan anaknya itu dan memujinya begitu enak.

“Jadi ya pizza dia. Sedap pulak tu mama dah rasa. Kalah pizza dekat kedai. 
“Ni kalau adik adik dia puji pizza dia sedap esok dia akan datang lah dengan menu baru,” jelasnya

Meninjau ke ruangan komen, warganet teruja melihat kesungguhan remaja itu dan memujinya begitu mahir dalam menguruskan kerja-kerja di dapur.

Cantik, pandai masak

Memang rajin

Anak yang hebat

Sumber: Instagram shahidadherbs


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Mahir Memasak Di Dapur, Anak Aliff Syukri Terima Pujian – “Tak Kekok Buat Kerja Rumah”