Pempengaruh, Jason sekali lagi tular apabila berkongsi review jujur berkenaan produk terbaharu Suka Dessert iaitu 3 Phasa Ice Cream.
Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan Jason membeli kedua-dua perisa 3 phase aiskrim dan memberikan komen terhadap pencuci mulut terbabit.
@scaredtodie went back at 2pm to get gf her choc cheese in cup but still saw the 3p ice cream in stock with almost no queue 🤡 #malaysiafood #foodreview #makanlokal #jasonfoodreview #scaredtodie #klfoodie #mahalnamampuiii ♬ original sound – Jason 🇲🇾
Dalam video berdurasi hampir 2 minit itu, Jason menunjukkan ramai pelanggan beratur panjang demi merasai produk Suka Dessert termasuk dirinya sendiri yang terpaksa menunggu selama hampir 1 jam 30 minit.
“Ais krim 3 fasa RM18, satu jam setengah untuk dapat ini.
“It’s not as sticky as some of the gelatos i’ve tasted. Untuk RM18 mahal nak mampus,” jelas Jason.
Dalam pada itu, Jason juga memberi komen terhadap cara pembuatan 3 phase ice cream yang dianggap tidak bersesuaian dan telah mengundang ribuan netizen yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan.
“Second layer is Belgian chocolate, there’s a hard of chocolate at the top extremely sweet.
“The brownies I think because they prepare the brownies inside the cone like you put the wafer inside the aluminium tin, the old school one and you forgot close properly that’s the feeling u get. Ini bukan masuk angin, ini masuk neraka,” ucap Jason lagi.
Orang kaya pun kata mahal nak mampus , tapi ada juga nak argue kita bukan target audience nya HAHAHAHA 💀



Meninjau ke ruangan komen, wargamaya bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Jason dan ada juga yang cuba mempertahankan Suka Dessert dari terus dihentam sebahagian netizen.
