fbp
WeirdKaya BM

Lelaki Ajak Budak Korea Makan & Berborak, Terkedu Ditanya Soalan – “Dah Macam Itik Dengan Ayam”

Rakyat Malaysia terkenal dengan sifat ramah dan suka menyantuni tetamu yang hadir tidak mengira bangsa termasuk pelancong luar yang ingin melihat keindahan serta keunikan negara ini.

Lelaki ajak budak Korea sembang

Oleh itu, sudah menjadi kebiasaan kita menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk berkomunikasi bersama pelancong bagaimanapun terdapat sebahagian daripada mereka tidak boleh menguasai bahasa ini menyebabkan cara berkomunikasi menjadi sedikit kekok.

Baru-baru ini, seorang lelaki berdepan pengalaman lucu apabila berborak bersama pelancong luar yang tidak boleh menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

@mersingsnorkelicious

Mcm ayam & itikk 🤣

♬ Funny funny weird – MrM

Menerusi hantaran di TikTok @mersingsnorkelicious, memaparkan seorang lelaki tempatan berborak dengan seorang budak asal Korea setelah mempelawanya untuk makan bersama.

“Adik duduk sini berapa lama? Makan lah, ‘eat..eat’.
“Makan cepat, kalau biar asyik sembang nanti syaitan makan kejap lagi,”
kata lelaki itu.

Sementara itu, gelagat lucu tersebut turut disaksikan oleh rakan-rakannya dan mereka juga tidak mampu menahan diri dari terus ketawa melihat perbualan yang hampir tidak difahami oleh kedua-dua belah pihak.

@mersingsnorkelicious Replying to @A Z A M 🔫 plot twist.. @Farid ♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
“Kau ni dari tadi ‘kau kenal, kau kenal’. Orang tu cakap benda lain kau cakap kau kenal,” ucap rakannya.

Budak Korea itu juga dilihat seolah-olah buntu tidak memahami apa yang sedang dibualkan dan memanggil ibunya untuk meminta bantuan.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat perkongsian itu dan ada juga yang cuba membantu menterjemahkan apa yang dibualkan oleh budak lelaki Korea terbabit.

Malah ada juga wargamaya memuji keyakinan lelaki dan budak Korea itu kerana meneruskan perbualan bairpun tidak memahaminya.

Dia tanya makan pakai tangan ke?

Lelaki ajak budak korea borak

Paling penting confident

Lelaki ajak budak korea borak

The real dunia berbeza

Lelaki ajak budak korea borak

Artikel lain: Wartawan China Fasih Berbahasa Melayu, Siap Jamah Nasi Kandar

Difahamkan, budak Korea itu bertanyakan soalan berkenaan penggunaan sudu garfu setelah melihat lelaki itu menikmati hidangannya menggunakan tangan.

Sumber: TikTok mersingsnockerlicious


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Lelaki Ajak Budak Korea Makan & Berborak, Terkedu Ditanya Soalan – “Dah Macam Itik Dengan Ayam”