fbp
WeirdKaya BM

“Lain Dari Yang Lain” – Nasi Lemak Udang Galah Kak Limah Tuai Perhatian Warga Shah Alam.

Belum cuba belum tahu?

Nasi Lemak adalah hidangan yang tidak asing lagi terutamanya bagi kaum Melayu. Nasi Lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi, namun boleh dijadikan sebagai makanan tengahari atau makan malam. Nasi Lemak merupakan makanan kegemaran ramai semua lapisan masyarakat.

- Advertisements -

Hidangan ini cukup komplek kerana mengandungi bermacam jenis bahan yang diperlukan dalam tubuh badan. Contohnya, nasi, timun, ikan bilis, dan kacang yang mampu membekalkan tenaga yang secukupnya untuk badan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Nasi Lemak Udang Galah Kak Limah ni memang sedap ! Sangat lain daripada yang lain ! Seriously kena cuba 😭❤️ @Nasi Lemak Kak Limah #nasilemakviral #nasilemakkaklimah #alamimpianshahalam #shahalam #udanggalah #foodexploration #tiktokmalaysia #MakanLokal #myfoodie #KongsiRezeki #fyp ♬ Niscaya – Bilal Indrajaya

Gerai ini bertempat di N,18,35/N, Jalan Persiaran Panglima Hitam, Alam Impian, 40470 Shah Alam, Selangor dan dibuka setiap hari bermula jam 6 petang hingga 12 malam.

Nasi Lemak Udang Galah merupakan tarikan utama menu yang ada di sini. Isi udang yang masih segar dan tebal memang sangat memuaskan dan sangat berbaloi dengan harga yang dikenakan. Sambal yang pekat dan sedikit manis menambahkan lagi rasa enak pada nasi lemak ini.

- Advertisements -

Nasi Lemak Paru Belado sudah tentu menjadi kegemaran ramai. Paru yang dimasak garing tidak berbau dan sangat rangup apabila dinikmati bersama nasi lemak. Tekstur paru sambal yang sedikit pedas, masin, dan manis memang cukup menagihkan.

Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi jika berkunjung ke gerai ini kita dapat merasai pengalaman makan dalam suasana ‘camping’ yang sangat kondusif dan menenangkan.

Dah pergi memang padu teruk sambalnya. Tempat pun santai sahaja.

Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya mengakui keenakan Nasi Lemak Kak Limah dan ada juga yang tidak sabar untuk merasainya sekali lagi.


We are hiring writers!
We are hiring writers!