WeirdKaya BM

Kongsi Video Memasak Di Dapur, Prince Syed Lega Tidak Lagi ‘Fake’ Demi Konten

Personaliti media sosial, Prince Syed mengakui lega setelah tampil minimalis dalam menghasilkan konten di media sosial.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula di Threads, Syed menjelaskan perubahan itu membuatkan dia dan isteri, Fatin Syazwani Ishak lebih selesa dan dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu bersiap dalam tempoh waktu yang lama.

“Masa zaman dulu kalau buat konten-konten yang meletop memang penat. Sejujurnya kami sangat tak seronok, sebab perlu bersiap kena makeup dan pakai baju yang elok-elok yang pelik-pelik.
“Macam sekarang ni lega Ya Allah, seharian tak perlu pakai makeup pakai t-shirt macam ni sahaja, memang seronok,” kata Syed.

Pasangan itu juga dilihat sedang memasak di dapur sambil melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, netizen terus mengecam usahawan itu dengan menyatakan keputusan tampil berlebihan adalah keinginan diri sendiri dan bukannya atas paksaan orang ramai.

Tiada siapa suruh makeup

Ni ke dapur jutawan?

Bagus jadi normal

Sebelum ini, Syed berdepan detik cemas apabila menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai dalam satu siaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Syed menjelaskan insiden itu berlaku ketika dia bersama tiga ahli keluarganya melalui satu keadaan ‘tidak menyenangkan’ yang berlarutan agak lama, sehingga mereka langsung tidak dapat menghubungi sesiapa untuk meminta pertolongan.

Jelas usahawan berusia 33 tahun itu, dia hanya benar-benar kembali sedar ketika sudah berada dalam kereta bersama abang sulungnya.

Sumber: Threads cupcake.shra


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Kongsi Video Memasak Di Dapur, Prince Syed Lega Tidak Lagi ‘Fake’ Demi Konten