fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Kongsi Momen ‘Sweet’ Bersama, Bella Astillah & Syed Saddiq Terima Doa Daripada Peminat – “Semoga Ke Jinjang Pelamin”

Amin Ya Rabbal Alamin

Pelakon, Bella Astillah dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi tumpuan warganet kerana kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua ketika berada di negeri di bawah bayu, Sabah.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Bella di TikTok, memaparkan dia membawa Syed Saddiq untuk menikmati hidangan makanan laut di Pasar Philippines, Sabah.

- Advertisements -
@bellaastillah_94

Vlog without a trending audio😉 YB Syed Saddiq first time di pasar philippines/Anjung Kinabalu :) P/s: kamurang tinguk sampai habis sebab ni kali saya kena bebel pasal 'Utak udang' 💆🏻‍♀️

♬ More of My Time (Lofi) – Muspace Lofi

“Vlog without trending audio.

“YB Syed Saddiq pertama kali datang di Pasar Philippines atau Anjung Kinabalu. Kamurang tinguk sampai habis sebab ni kali saya kena bebel pasal utank udang,” tulis Bella.

Dalam pada itu, Bella juga sempat mengajar Syed Saddiq menikmati beberapa menu makanan kegemaran masyarakat di Sabah antaranya putu, rumpai laut, lobster dan ayam bakar.

Wargamaya juga terharu melihat sifat prihatin yang ditunjukkan oleh Syed Saddiq ketika membantu Bella mencuci tangan dan menolong mengupas kulit udang.

Sepanjang hidup aku tak pernah beriya tengok orang especially untuk pasangan orang, tapi kalini untuk pertama kali tolong la ehh Bella dan YB saddiq tolong la been couple and happy ending, please 🥰

Meninjau ke ruangan komen, warganet bersyukur melihat layanan Syed Saddiq yang menghargai Bella dan ada juga yang menitipkan doa semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Kongsi Momen ‘Sweet’ Bersama, Bella Astillah & Syed Saddiq Terima Doa Daripada Peminat – “Semoga Ke Jinjang Pelamin”