fbp
WeirdKaya BM

Kongsi Gambar Produk McD, Warganet Label V BTS Tiada Sensitiviti Tentang Isu Palestin!

Boleh kot boikot :(

Ahli kumpulan BTS iaitu v menerima kecaman kerana dianggap tidak peka akan krisis dan kekejaman yang sedang berlaku di negara Palestin.

- Advertisements -

Tindakan penyanyi tersebut memuatnaik gambar kentang goreng jenama McDonalds telah menimbulkan kemarahan dan dianggap tidak berperikemanusiaan.

- Advertisements -

Peminat mempersoalkan tindakan terbabit dan meluahkan rasa kecewa kerana berpendapat V seolah-olah menyokong kekejaman yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir wargamaya menganggap V sengaja membuat hantaran tersebut bagi menyatakan secara tidak langsung sokongan terhadap Israel.

- Advertisements -

Namun begitu, V menutup ruangan komen hantaran tersebut di Instagram miliknya bagi mengelakkan dirinya terus dikecam peminat.

Rata-rata peminat meminta penyanyi berkenaan memadam foto berkenaan selain memohon maaf terbuka di platform x.

Mohon maaf dan padam hantaran ini! Tolong ada kesedaran mengenai isu ini. Kami harap awak menyokong kemanusiaan.

Untuk info, McDonalds merupakan jenama makanan yang diboikot kerana dikatakan antara penyumbang Israel

Sumber: mStar


We are hiring writers!
We are hiring writers!