fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

KKM Sahkan Anggur ‘Shine Muscat’ Tiada Bahan Kimia Berbahaya!

Selamat untuk dimakan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa tiada sampel anggur daripada jenis ‘Shine Muscat’ mengandungi residu rancun perosak melebihi kadar maksimum.

Dalam pada itu, sebanyak 5,561 sampel sayur sayuran dan buah buahan import telah dilakukan uji kaji bagi residu racun perosak sepanjang 2020 hingga 2024 dalam Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM)

- Advertisements -

“Sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisis dalam tempoh tersebut yang mana empat (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL yang tidak melibatkan anggur Shine Muscat.

“Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, yang mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan,” jelas Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tambahan pula, KKM menjelaskan hanya produk import yang mematuhi MRL sahaja mendapat kelulusan pelepasan di pintu masuk negara.

“Sebagai panduan kepada pengguna, setiap makanan yang diimport dan berbungkus, perlu mengandungi maklumat asas termasuk negara asal produk tersebut.

“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk membaca label sebagai panduan.

“KKM peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna akan perkara ini. KKM sentiasa menjalankan pemantauan di pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin,” tambah KKM lagi.

Sumber: Nor Syamira, Sinar Harian


We are hiring writers!
We are hiring writers!