fbp
WeirdKaya BM

Suami Isteri Meniaga King Crab RM85, Laris Terjual Hingga 150 Ekor Dalam 15 Minit

Sepasang suami isteri terkejut apabila cubaan menjual makanan laut mewah iaitu ‘king crab” mendapat sambuatan luar biasa biapung hanya menjualnya di tepi jalan.

King crab murah

Memetik laporan Berita Harian, peniaga itu menawarkan harga murah iaitu RM seekor menyebabkan ia habis terjual sebanyak 150 ekor dalam tempoh 15 minit.

Menurut Mohamad Ikhmal Nur Hakim Mohamad Yusof, 30, berkata penjualan ‘king crab’ itu tercutus apabila isterinya, Nurul Al Fatonah Awang, 30, yang meluahkan rasa teringin menikmati makanan mewah tersebut.

Ikhmal memberitahu, isterinya mencadangkan untuk menjual masakan ketam mewah itu setelah membelinya namun menawarkan dengan harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu membelinya.

“Kami bermula dengan jualan di rumah dan hantar ke rumah pelanggan tetapi disebabkan faktor masa, kami mula buka gerai kecil di Lembah Sireh.
“Kami promosikan jualan menerusi media sosial seperti TikTok dan Facebook, tak sangka jadi tular malah orang ramai yang berkongsi pengalaman di laman sosial masing-masing turut meningkatkan jumlah pelanggan,” kata Ikhmal.

Dikatakan, ramai pelanggan yang sanggup datang dari jauh malah beratur panjang bagi menikmati hidangan mewah itu setelah perniagaan mereka tular di TikTok.

Bagaimanapun Ikhmal menjelaskan, tidak dapat menjual terlalu banyak memandangkan bekalan segar sukar didapati dan memakan modal yang begitu tinggi.

Berkongsi lanjut, Nurul berkata, selain harga berpatutan hidangan itu turut didatangkan bersama dua sos iaitu sos cili dan buttermilk menambah lagi rasa enak pada hidangan menyebabkan ia laris terjual kerana orang lebih sukakan makanan yang sudah siap dimasak.

Sumber: Berita Harian (Nor Amalina Alias)


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Suami Isteri Meniaga King Crab RM85, Laris Terjual Hingga 150 Ekor Dalam 15 Minit