Pempengaruh dan usahawan, Kim Seri yang tular melibatkan penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan tampil memberikan penjelasan menerusi Live TikTok di akaun peribadi miliknya.
@ezlokal.food Melalui siaran langsung di akaun peribadinya, Kim Seri Rayu Sokongan Usahawan & Pengusaha Produk, Tawar Khidmat Pengiklanan Untuk Lunaskan Hutang. Moga urusan dipermudahkan untuk semua yang terlibat. #sembangentertainment #kimseri #kimserirestaurant #beritatiktok #fyp #klfoodie #viral #ezlokal #berita #videoviral ♬ Can you see my heart 能看见我的心吗 – 헤이즈 Heize
Kim Seri atau Seri Azlina memberitahu terdapat beberapa kesilapan dalam perniagaan antaranya gangguan dalam operasi menyebabkan tempahan pelancongan ditunda dalam tempoh yang agak panjang.
“Pertama sekali, kelemahan pengurusan daripada pihak saya sendiri. Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya dan tidak akan lari daripada masalah ini.
“Pakej pelancongan ini saya jalankan dari tahun 2016 dengan niat ikhlas untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada anda semua ketika bercuti di Korea Selatan pada harga berpatutan.
“Namun, timbul masalah yang tidak dijangka pada tahun ini, antaranya kos yang sentiasa bertambah. Saya akui saya gagal untuk menguruskan kewangan perniagaan dengan baik. Masalah paling besar adalah pada Restoran Kim Seri.
“Kami mengalami banyak kerugian dengan restoran tersebut, sambutan pelanggan tidak seperti yang diharapkan. Kerugian ini menjejaskan kitaran kewangan untuk perniagaan yang lain termasuk pakej pelancongan. Restoran itu kini sudah bertukar hak milik,” jelas Kim Seri.
Dalam pada itu, Kim Seri memberitahu media sosial adalah solusi terakhir mata pencariannya dan berjanji akan melunaskan segala bayaran pelanggan menjelang 1 Februari 2025.
“Saya kini hanya tinggal platform TikTok sebagai mata pencarian saya, perniagaan yang lain seperti pakej pelancongan sudah saya tutup. Bermula esok (Isnin), saya akan gunakan platform ini untuk berniaga dari pagi hingga ke malam.
“Saya rayu kepada mana-mana founder atau pemilik bisnes, kalau sudi berkolaborasi, boleh hubungi saya. Kita boleh niagakan produk anda di platform TikTok saya. Kita boleh bincang bagaimana hendak bawa barangan anda ke Korea Selatan.
“Tahun 2024 ini banyak mengajar saya tentang cabaran perniagaan, kini saya sedar kekurangan diri saya. Masih jauh perjalanan saya untuk menjayakan bisnes ini,” tambah Kim Seri lagi.
