fbp
WeirdKaya BM

Pelanggan Kritik Crepe, Kieda Tampil Bersemuka Pulang Duit Pembelian

Hati-hati bila berkata

Usahawan dan pempengaruh Kieda Crepe atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra mencuri perhatian warganet setelah tampil bersemuka bersama individu yang telah mengkritik makanan miliknya secara melampau sebelum ini.

@kopiitulahit Takda side mana mana , doakan semoga dipermudahkan ☺️#kiedacrepe #cyberbully #viraltiktok #malaysiatiktok #malaysiaviral #viralkieda #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #kiedacrepehouse #kiedacrepehqpenang #kiedaberlapangdada #kiedacrepetour ♬ original sound – walid

Menerusi hantaran di TikTok @kopitulahit, memperlihatkan pelanggan yang dikenali sebagai Zamilah meminta maaf atas perbuatannya yang membuat kritikan melampau terhadap makanan yang dijual oleh usahawan itu.

“Saya Nur Zamilah dari staf Atien Crepe ingin memohon maaf kepada Kieda atas apa yang yang telah saya buat kesalahan sebelum ini.
“Untuk penjelasan saya telah minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya pun tak sangka benda akan jadi teruk sampai macam ini.
“Saya tak sengaja nak burukkan nama syarikat Puan Kieda dan janji kesilapan ini takkan berulang lagi,” kata Zamilah baru-baru ini.

Sementara itu, Kieda menasihati para pelanggan untuk lebih berhati-hati dalam membuat kritikan terhadap sesuatu makanan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Malah Kieda juga berpesan jika terdapat kekurangan pada produknya boleh sahaja memberitahu terus kepadanya untuk penambahbaikan tidak perlu memuat naik di media sosial hingga menjatuhkan sebuah perniagaan.

“Dia pu dah mohon maaf, dia pun dah minta untuk saya tarik balik kes ini supaya tidak perlu dipanjangkan lagi.
“Jika anda ada beli produk Kieda rasa tak sedap atau tak kena dengan tekak, cukuplah setakat kita atau saudara mara kita sahaja yang tahu.
“Tak perlu kita kongsi di media sosial untuk burukkan lagi syarikat tu. Di bawah syarikat saya ada banyak isi perut yang perlu diisi.
“Sekali lagi saya kata sedap atau tak sedap beritahu saya terus dan saya boleh pulangkan duit anda,” ucap Kieda.

Artikel lain: Kieda Crepe Dakwa Perniagaan Diperlekehkan, Pertahan Maruah Ambil Tindakan Undang-Undang?

Difahamkan, Kieda memulangkan duit pembelian Zamira dan menegaskan sekali lagi bahawa dia tidak pernah berniat untuk mempermaikan pelanggan dalam perniagaa.


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Pelanggan Kritik Crepe, Kieda Tampil Bersemuka Pulang Duit Pembelian