Usahawan Kieda Crepe atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra menjadi perhatian warganet setelah terdapat individu tidak bertanggugjawab didakwa cuba menjatuhkan perniagaannya.
Kieda Crepe ambil tindakan undang-undang?
@kiedacrepepenang Next Step bila Maruah @KiedaCrepeHouse Sentiasa dipelekehkan , di buka tapak untuk orang mengecam kami . Semoga dipermudahkan segala urusan ku 🤲🏻 #kiedacrepe ♬ AURA – Ogryzek
Menerusi hantaran di TikTok, memperlihatkan Kieda bertemu dengan seorang peguam untuk mengambil tindakan lanjut setelah maruahnya diperlekehkan.
“Langkah seterusnya bila maruah @KiedaCrepeHouse sentiasa diperlekehkan.
“Dah lama Kieda diam, dah lama biar orang kacau mental Kieda. Kalau orang lain jadi saya silap-silap lebih dari maki buat.
“Tapi saya masih waras, takkan maki saja sekali peguam kita jalan. Jangan permainkan maruah kedai aku, hasut menghasut orang untuk membenci Kieda dijadikan hobi,” kata Kieda pada Sabtu.

Dalam pada itu, Kieda memberitahu kejayaan yang dimiliki sekarang bukan satu perjalanan yang mudah dan meluahkan rasa kecewa melihat terdapat segelintir manusia cuba menjatuhkannya.
“Mengapa buka tapak untuk orang terus mengecam aku sedangkan aku sekali tak pernah usik perniagaan orang.
“Kieda Crepe House tak semudah sembang aku penaikkan. Support vendor dalam Malaysia tiada siapa yang buat selain kedai Kieda Crepe House. Semoga urusan Kieda untuk langkah seterusnya dipermudahkan,” katanya.
Artikel lain: Kieda Crepe kongsi Pandangan ‘Food Reviewer’ Komen Negatif, Minta Guna Kelebihan Bantu Perniagaan Orang Lain.
Difahamkan, Kieda memulakan sistem ‘support vendor’ di kedainya yang memerlukan orang ramai membeli barangan vendor sebelum membeli produknya iaitu menu popular crepe.
Susulan itu, terdapat netizen yang mengkritiknya kerana mereka perlu menghabiskan sejumlah duit terlebih dahulu bagi mendapatkan produk utama.
