fbp
WeirdKaya BM

Kieda Crepe Mengaku Terlalu Ikut Emosi, Mohon Maaf Isu Pelanggan Reviu Jujur

Usahawan sensasi Kieda Crepe membuat permohonan maaf secara terbuka berhubug isu seorang pelanggan memberikan reviu jujur terhadap crepe buatannya.

Kieda Crepe mengaku ikut emosi

Kieda Crepe mengaku ikut emosi

Menerusi hantaran di Instagram Story, Kieda atau nama sebenarnya Khalieda Yusra berkata, dia menerima segala teguran yang dengan hati terbuka dan mengakui dirinya terlalu bertindak terburu-buru tanpa berfikir panjang.

“Alhamdulillah, Kieda terima setiap satu kritikan untuk jadi jauh lebih baik. Lapang dada Kieda terima semuanya.
“Insya-Allah dan terima kasih yang sudi beri nasihat kepada Kieda untuk kieda perbaiki diri jadi lebih bagus,” kata Kieda pada Khamis.

Sementara itu, Kieda berharap tiada lagi pelanggan yang cuba berkata buruk terhadap dirinya kerana tindakan ini bukan sahaja membawa aib malah boleh menganggu urusan perniagaan.

Kieda Crepe mengaku ikut emosi
“Jangan fitnah dengan ayat Kieda “game” kan customer, sedangkan kamu tidak tahu macam mana Kieda berjuang untuk menaikkan jenama Kieda Crepe ini.
“Kieda harap selepas ini, andai tak kena selera jangan sampai kita menghina dan mengeji umpama tiada kebaikan.
“Mungkin sekadar crepe tapi sangat banyak hasil yang Kieda dapat bantu orang dengan menjual crepe ini,” ujarnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu, mengaku bahawa dirinya terlalu mengikut emosi dalam mendepani masalah berhubung isu pelanggan memberikan reviu negatif terhadap makanan jualannya.

“Salah Kieda sebab terlampau ikut emosi, sebab sangat kecewa sedangkan kamu juga pekerja kedai crepe.
“Kamu mesti tahu betapa susahnya boss kamu naikkan ‘branding’ cari ‘sale’ untuk membayar gaji para pekerja. Maafkan Kieda sebab buat semua kecewa.
“Insya-Allah, moga semua ni jadi pengajaran hebat buat Kieda. Sekali lagi, kieda mohon maaf sebab terlalu ikut emosi,” jelasnya lagi.
Kieda Crepe mengaku ikut emosi

Artikel lain: Pelanggan Kritik Crepe, Kieda Tampil Bersemuka Pulang Duit Pembelian

Difahamkan, sebelum ini seorang pelanggan dikenali sebagai Nur Zamilah memberikan ulasan jujur terhadap crepe Kieda tidak begitu sedap dan tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Kritikan itu dibuat melalui status Whatsapp peribadi wanita itu namun diketahui oleh Kieda sebelum usahawan terbabit mengadakan pertemuan secara bersemuka kerana mendakwa kritikan itu memberi kesan negatif kepada imej syarikatnya.

Sumber: Instagram Khalieda Yusra


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Kieda Crepe Mengaku Terlalu Ikut Emosi, Mohon Maaf Isu Pelanggan Reviu Jujur