WeirdKaya BM

Khairul Aming Terlelap Sambil Pegang Telefon, Netizen Harap Dapat Rehat Yang Cukup

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming terlelap sambil memegang telefon bimbitnya.

Menerusi perkongsian di Threads, individu yang memuat naik hantaran itu berharap Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA mengutamkan kesihatan serta mendapatkan rehat yang cukup.

Terlelap sambil pegang telefon

“Saya harap anda baca ini… tolong jaga kesihatan diri, anda perlu rehat secukupnya,” tulis individu terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya turut meluahkan rasa simpati melihat keadaan Khairul Aming yang keletihan pada hari pertama pembukaan restoran miliknya, Rembayung.

Malah ada juga yang mendoakan agar perniagaan usahawan itu semakin berjaya kerana telah bertungkus lumus memberikan yang terbaik buat pelanggan.

Sebak pula tengok

Moga ada keberkahan dalam kelelahan

Tolong jaga kesihatan

Artikel lain: Pelanggan Kongsi Perhabis RM290 Makan Di Rembayung – “KA Dah Pesan Bukan Harga Marhaen”

Terdahulu, restoran Rembayung mendapat 3,000 tempahan pelanggan, pada sesi pertama slot dibuka jam 9 malam semalam.

Slot tempahan restoran berkenaan dilapor mendapat sambutan hangat pengikut hingga laman web Restoran Rembayung ‘crashed’ akibat trafik terlalu tinggi.

Restoran Rembayung dilapor dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, iaitu hanya sembilan minit dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar PETRONAS.

Sumber: Threads a.firdaus85


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Khairul Aming Terlelap Sambil Pegang Telefon, Netizen Harap Dapat Rehat Yang Cukup