WeirdKaya BM

Khairul Aming Buka Restoran Pertama, Perhabis RM4 Juta Modal Perniagaan

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming melakar sejarah apabila bakal membuka restoran pertama selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia digital dan pembuatan konten di media sosial.

Menerusi perkongsian di media sosial, Khairul Aming mendedahkan pembukaan restoran tersebut menelan kos sebanyak RM 4 juta dan menjadi antara pelaburan terbesar yang dibuat dalam hidupnya.

Kata usahawan itu, restoran tersebut dibina di sebuah tanah kosong yang berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Dengan menelan modal RM4 juta, kita bina bangunan dari lakaran di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru, jarak 9 minit dari KLCC.
“Ini adalah pelaburan terbesar KA pernah buat untuk one single project,” tulis Khairul Aming.

Sehubungan itu, dia menjelaskan, setelah 10 tahun berada dalam dunia online, kini sudah bersedia untuk melangkah ke dunia offline di mana menjadi permulaan untuk perancangan masa hadapan.

“Selepas 10 tahun dalam dunia online, akhirnya saya bersedia untuk mulakan langkah ke dunia offline.
“Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung,” kongsinya lagi.

Difahamkan, projek RM4 juta itu dilihat bukan sekadar pembukaan sebuah restoran, tetapi lambang kejayaan yang membuktikan seorang usahawan digital mampu mengubah impian online menjadi realiti fizikal yang menginspirasikan ramai pihak.

Sumber: Instagram khairulaming


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Khairul Aming Buka Restoran Pertama, Perhabis RM4 Juta Modal Perniagaan