fbp
WeirdKaya BM

KFC Tidak Pernah Ada Dalam Senarai Boikot – BDS Malaysia

Boikot tanda sokongan!

KFC disenaraikan sebagai tidak tergolong dalam jenama yang harus diboikot, kata kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS).

- Advertisements -

Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail menegaskan mereka tidak pernah sesekali membuat kempen terhadap rakyat Malaysia untuk memboikot KFC. Menurutnya KFC tidak melakukan perkara sama seperti McDonald’s, iaitu menyediakan makanan percuma kepada tentera Israel dari cawangannya di Israel.

- Advertisements -

“Untuk makluman, KFC tidak pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia.

“Kami tidak pernah kempen rakyat Malaysia untuk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang,” kata Nazari dalam satu kenyataan di Instagram.

- Advertisements -

Menurut Nazari, terdapat pelanggan merungut dan enggan membeli KFC disebabkan harga yang mahal dan bukannya berkenaan isu Palestin. Media sebelum ini melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup sementara, berdasarkan data Google Map

Gerakan BDS ditubuhkan pada tahun 2005 setelah menyedari kerajaan-kerajaan di dunia, terutama sekali kerajaan Amerika dan Eropah tidak membantu dalam perjuangan membebaskan warga Palestin dari cengkaman zalim Zionis ke atas mereka.

Oleh itu gerakan BDS bertujuan mengembeling sokongan rakyat biasa dari seluruh dunia mengutuk Zionis atas kezaliman yang dilakukan terhadap warga Palestin.

Sumber: malaysiakini

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!