fbp
WeirdKaya BM

Kes Bot PATI Karam: Penduduk Elak Makan Makanan Laut… Ini Nasihat Doktor

Insiden melibatkan bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand Langkawi, Kedah terus menjadi perdebatan di media sosial

Memetik laporan mStar, menerusi semakan di Threads, beberapa netizen mula menyuarakan kebimbangan untuk menikmati hasil laut yang ditangkap di sekitar pulau tersebut.

“Tadi jumpa video TikTok, dia cakap orang Langkawi kena puasa seafood sebab ada mayat belum jumpa. Bot bawa PATI karam.
“Mak aku tak bagi makan seafood di Langkawi sebab mayat pelarian Rohingya masih hilang dekat laut,” kongsi warganet.

Dalam pada itu, netizen mendakwa perkara sebegini bukan pertama kali berlaku malah pernah terjadi apabila tragedi tsunami pada tahun 2004.

“Ingat masa tsunami dulu, ramai yang tak makan seafood untuk tempoh berapa lama kan?
“Teringat masa tsunami 2004, lama juga tak selera nak makan seafood,” tulis netizen lagi.

Menurut penerangan pengamal perubatan dikenali sebagai Dr Asyraf Sam, hasil hidupan laut di kawasan sekitar kejadian disahkan selamat untuk dimakan.

“Secara umumnya, seafood di Langkawi masih selamat untuk dimakan. Sebab laut ni sangat besar dan arusnya sentiasa bergerak.
“Laut sendiri ada sistem semula jadi untuk menguraikan benda asing tanpa menjejaskan keseluruhan ekosistem.
“Jadi kejadian yang berlaku sangat rendah kemungkinan menyebabkan pencemaran makanan laut,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr Asyraf menasihatkan orang ramai untuk peka terhadap beberapa langkah untuk memastikan hasil laut yang dimakan selamat dan segar.

“Apa yang lagi penting dalam menentukan keselamatan makanan adalah kesegaran seafood itu sendiri, cara ia disimpan dan dimasak.
“Nasihat saya, pelancong yang nak pergi makan seafood di Langkawi, pertama, pilih kedai yang bersih. Kedua, periksa dulu seafood yang nak dimakan, pastikan seafood berbau segar dan tak hanyir.
“Periksa juga tekstur seafood untuk pastikan ia pejal, kalau lembik elakkan. Yang ketiga, ambil tahu cara penyimpanan seafood ini. Sepatutnya cara simpan seafood mentah ini adalah pada suhu yang sejuk atau bekas berais.
“Jadi kalau nampak seafood terdedah kepada suhu bilik je, elakkan juga,” tambahnya lagi.

Sumber: mStar


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Kes Bot PATI Karam: Penduduk Elak Makan Makanan Laut… Ini Nasihat Doktor