fbp
WeirdKaya BM

“Kenapa Murah Sangat Ni?” – Netizen Terkejut Harga Makanan Cina Muslim Paling Sedap Di Shah Alam!

Betul-betul harga RAHMAH.

Masakan Cina Muslim merupakan masakan Orang Hui iaitu suku Cina Muslim yang merupakan umat islam, tinggal di China.

- Advertisements -

Penduduk Islam yang ramai di barat China menyebabkan banyak restoran menyediakan makanan yang dihidangkan oleh umat Islam. Cara penyediaan makanan hampir sama dan hanya berlainan pada bahan masakan oleh kerena perbezaan agama.

- Advertisements -
@ezlokal.food Memang hidden gem! Rasa sedap harga murah giler! Sesuai untuk student. One set just RM10 woo! #klfoodie #MakanLokal #MYFoodie #foodhuntingkl #malaysiafood #chinesefood #kungpaochicken #shahalam ♬ Stop it – B.A.P

Do Stim-Chinese MUSLIM Food terletak di  B-LG-2, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, Shah Alam (Central), 40000. Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 11:30 a.m. hingga 9:30 p.m.

Original Beef Noodles, tekstur daging yang sangat lembut dan masih juicy memang cair di mulut. Rasa mi yang sangat flavourful dan tidak berminyak memang cukup puas hati.

- Advertisements -

Fried Chicken with Salted Egg, merupakan menu wajib cuba apabila berkunjung di restoran ini, Rasa ayam yang begitu berlemak dan sedikit manis memang betul-betul menagihkan.

Fried Chicken in Lemon Sauce, sesuai buat mereka yang suka akan rasa masam dan sedikit manis. Menu ini memang sesuai buat mereka yang tidak suka akan rasa yang berlemak dan sesuai dinikmati berulang kali kerana ia tidak begitu muak.

Macam tak caya, kenapa murah sangat ni.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terkejut melihat harga yang murah dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!