Usahawan terkenal, Aunty Ja sekali lagi tular di media sosial apabila memberi nasihat kepada salah seorang peniaga yang cuba membandingkan harga pencuci mulut yang dijual oleh Suka Dessert.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aunty Ja, dia menjelaskan setiap peniaga mempunyai harga kos yang berbeza dan tidak perlu untuk membandingkannya.
@sukadessert.hq Replying to @loyforshort ♬ original sound – Sukadessert.hq
“Kepada para peniaga, jangan sesekali bandingkan harga kos kita dengan peniaga lain kerana sangat berbeza.
“Untuk Suka Dessert kami perlu membayar sst 6%, kami ada staf, kami juga kena bayar kedai dan tapak untuk event. Resepi pun kalian tak tahu apa yang Suka Dessert gunakan. Macam kon ais krim dalam tu ada brownies dan perlu menggunakan cara dan teknik khusus untuk mengisinya.
“Untuk ais krim pula, Suka Dessert menggunakan ais krim gelato. Nasihat Aunty Ja, setiap peniaga mempunyai kos yang sangat-sangat berbeza dan jangan sesekali bandingkan harga kos kita dengan harga kos peniaga yang lain,” ucap Aunty Ja
Dalam pada itu, Aunty Ja memberitahu dia tidak pernah menghakimi peniaga lain seperti salah seorang peniaga yang melabel Suka Dessert menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal.
“Aunty Ja tak pernah judges saudari punya perniagaan, harga, dan produk yang dijual.
“Aunty Ja tak masuk campur dan tak ambil tahu pun, jadi itu sahaja nasihat Aunty Ja untuk hari ini,” tambahnya lagi.
Kalau gelato, memang mahal. Cuba lah beli. Kalau setakat beli BR / Godiva, beza betul.



Meninjau ke ruangan komen, warganet mempertahankan Aunty Ja dan ada juga yang meluahkan rasa sedih melihat terdapat peniaga lain yang cemburu akan kejayaan yang dicapai oleh Suka Dessert.
