fbp
WeirdKaya BM

“Kena Rasa Sendiri” – Cilok Setan Noreen Jadi Pilihan Netizen?

Dah cuba baru tahu.

Cilok merupakan makanan yang berasal dari Sunda dan diperbuat daripada tepung kanji sebagai bahan utama. Cilok dihidangkan bersama kuah kacang, kicap dan sos sebagai pelengkap rasa.

- Advertisements -

Cilok berbentuk bulat seakan bakso namun dari segi rasa ia sangat berlainan. Asal usul nama cilok dikatakan berasal daripada bahasa Sunda iaitu singkatan “aci dicolok” atau “ubi kayu yang dicucuk” kerana cilok kebiasaannya akan ditusuk menggunakan lidi.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sebagai peminat cilok, kami approved! Sedap dan sambal tu killer! Pedas yang menagihkan #cilok #noreen #cilokbikanah #ciloksetan #indonesia #kulinerindonesia ♬ Karina UP – 𝒎𝒆𝒍

Cilok Setan Noreen by Bik Anah tular di media sosial kerana menerima sambutan yang sangat hangat oleh netizen.

Tekstur cilok yang kenyal terasa dalam setiap gigitan memberi kepuasan yang luar biasa. Rasa kaldu bersama tauhu merupakan kombinasi yang sangat enak dan cukup menagihkan.

- Advertisements -

Sambal merah yang sedikit pedas begitu enak dan tidak sama seperti di gerai-gerai lain. Gabungan rasa pedas dan chewy membuatkan sesiapa yang menikmatinya pasti akan ketagih.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terliur melihat cilok Noreen dan tidak sabar untuk merasai sendiri makanan terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!