fbp
WeirdKaya BM

Kek Masam & Rosak, Suka Dessert Ambil Inisiatif Bayar Semula Wang Pelanggan… Beri Duit Tambahan Tanda Permohonan Maaf.

Besar betul dugaan

Usahawan terkenal, Aunty Ja tampil meluahkan rasa sedih apabila terdapat sesetengah individu mendakwa kek yang dijual mempunyai tekstur yang masam dan sudah rosak di Penampang, Sabah.

- Advertisements -

Menerusi hantaran di TikTok, Aunty Ja memohon maaf atas kekurangan pihak Suka Dessert dan memberitahu perkara ini masih dalam siasatan mereka lagi.

- Advertisements -
@sukadessert.hq

Maafkan Auntie Ja.. kami masih lagi siasat punca kejadian. Jika darlings terlibat dalam hal ini, hubungi (kosong satu tujuh, tiga empat lima dua lapan empat tujuh)🙇🏻‍♀️🙇🏻‍♀️🙇🏻‍♀️

♬ original sound – Sukadessert.hq

“Aunty Ja dapat complain untuk cake in bowl ada beberapa pelanggan yang dapat kek masam.

“Untuk penjelasan pihak Aunty Ja, cake in bowl kita bakar fresh pada waktu petang hingga jam dua pagi. Selepas itu, pukul lima pagi terus gerak dari Tawau ke Kota Kinabalu dan terus simpan di Chiller.

- Advertisements -

“Aunty Ja juga dah check beratus-ratus cake in bowl yang ada dalam keadaan baik. Aunty Ja mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan dari pihak Aunty Ja dan team. Aunty Ja tahu ada yang kecewa tapi beri Suka Dessert peluang untuk tebus semula kekecewaan ini semula,” ucap Aunty Ja.

Dalam pada itu, Aunty Ja menyeru kepada pelanggan yang menerima kek yang masam boleh berjumpa mereka untuk mendapatkan bayaran balik dan sedikit wang saguhati tanda permohonan maaf.

“Sesiapa yang terlibat, Aunty Ja mohon untuk pulangkan cake in bowl ke ITCC mulai sekarang sehingga esok, 30 Oktober 2024.

“Aunty Ja akan pulangkan duit RM45 harga cake in bowl yang asal. Jika anda beli dengan personal shopper Aunty Ja akan bayar harga upah personal shopper sekali dan Aunty Ja akan bayar sekali harga perjalanan pergi dan balik dari rumah ke ITCC. Aunty Ja juga akan bayar RM50 sebagai tanda permohonan maaf,” jelas Aunty Ja

Mustahil masam, saya pernah beli letak luar dah empat hari masih baik tak masam, coklat pun tak bau tengik.. Freshcream pun takde masam-masam

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji sifat baik usahawan tersebut dan ada juga yang memberikan maklum balas positif terhadap pencuci mulut terbabit.

Kek masam & rosak, suka dessert ambil inisiatif bayar semula wang pelanggan... Beri duit tambahan tanda permohonan maaf. | weirdkaya
Kek masam & rosak, suka dessert ambil inisiatif bayar semula wang pelanggan... Beri duit tambahan tanda permohonan maaf. | weirdkaya
Kek masam & rosak, suka dessert ambil inisiatif bayar semula wang pelanggan... Beri duit tambahan tanda permohonan maaf. | weirdkaya

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!