WeirdKaya BM

Kawal Pemakanan, Lima Menu Sarapan Wajib Rakyat Malaysia Kurangkan

Dalam kesibukan rutin pagi, ramai individu yang lebih cenderung memilih untuk menikmati sarapan yang cepat dan mudah tanpa mengira pengiraan jumlah nutrisi yang diperlukan.

Memetik laporan mStar, banyak menu sarapan yang mengenyangkan tetapi mengandungi kadar kalori yang tinggi, gula dan minyak, sekali gus memberi kesan langsung kepada kesihatan tubuh.

Menurut Public Health Malaysia, terdapat lima jenis sarapan pagi yang berisiko meningkatkan kadar obesiti, diabetes, dan penyakit jantung perlu dielakkan.

  1. Nasi lemak kukus dengan sambal berlebihan

Tinggi lemak tepu daripada santan serta kandungan gula daripada sambal, menjadikan ia sarapan berkalori tinggi jika diambil dalam ‘portion’ besar.

  1. Roti canai dan kuah kari pekat

Gabungan tepung putih, minyak dan santan menyebabkan lonjakan gula dalam darah sehingga seseorang cepat rasa mengantuk selepas makan.

  1. Mi goreng mamak

Mengandungi gula tinggi tersembunyi dalam sos dan minyak, menyebabkan badan cepat lesu dan lapar semula.

  1. Kuih-muih manis tradisional

Walaupun bersaiz kecil, kandungan gula dan santannya tinggi kerana tiga biji kuih sahaja boleh menyamai gula dalam segelas air manis.

  1. Minuman manis (teh tarik, coklat dan kopi)

Merupakan penyumbang utama gula harian yang sering tidak disedari kerana secawan air ini lebih tinggi kalori daripada makanan berat.

Pengambilan makanan tinggi kalori tidak memberikan kesan yang segera namun ia boleh membunuh secara senyap dengan menjejaskan kesihatan.

Lama-kelamaan, ia boleh membawa kepada keletihan kronik, kenaikan berat badan dan gangguan kesihatan sekali gus membuatkan tubuh badan menjadi lemah.

Sumber: mStar


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Kawal Pemakanan, Lima Menu Sarapan Wajib Rakyat Malaysia Kurangkan