Usahawan muda yang dikenali sebagai Tomey menjadi perhatian warganet setelah tular isu dihalau keluar oleh jiran tetangga akibat persekitaran rumah yang dikatakan kotor dan berbau.
Namun begitu, peniaga laksa itu pernah mendedahkan persekitaran rumahnya menjadi tidak terurus akibat dinaiki air dan terdapat bekas kotoran banjir membuatkan keadaan rumahnya terlihat kotor dan tidak kemas.
@tomey8 Selama 25tahun tak penah merasa duduk umah elok. Dari zaman arwah ayah ada lagi dari rumah sendiri sampai lh umah sewa. Nak duk taman tapi takut tak mampu bayar . Tapi kali nie rezeki allah . Tapi tahun nie dapat jugak merasa duduk umah elok. Nak kemas apa pon nampak cantik je huhuhuu…
♬ Setanggi Syurga – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂
Baru-baru ini, Tomey berkongsi berita gembira di TikTok miliknya, memberitahu dia diberi rezeki untuk berpindah ke rumah yang jauh lebih selesa dan bersih untuk didiami.
“Selama 25 tahun tak pernah merasa duduk rumah elok.
“Dari zaman arwah ayah ada lagi dari rumah sendiri sampai ke rumah sewa nak duduk rumah taman takut tak mampu bayar.
“Tapi kali ini rezeki Allah. Tahun ni dapat juga merasa duduk rumah elok. Nak kemas apa pun nampak cantik sahaja,” tulis Tomey.
Dalam pada itu, Tomey berkesempatan membersihkan rumah sewa lamanya sebelum berpindah keluar dan menunjukkan paras bekas air banjir yang masih melekat di dinding rumah.
“Bekas banjir terakhir kami masih ada lagi lekat kat dinding. Tomey kemas mana yang mampu mana tahu ada orang lain pula yang nak duduk,” tulis peniaga itu lagi.
Nanti tunjuk rumah baru Tomey ok. Moga Allah permudahkan urusan Tomey sekeluarga, Aamin.



Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan kata-kata semangat kepada Tomey dan ada juga wargamaya yang memujuk peniaga itu untuk menjual laksa semula.
