fbp
WeirdKaya BM

Kadar Cukai Minuman Bergula Akan Dinaikkan, Kerajaan Komited Kawal Kesihatan Rakyat.

Demi kebaikan sejagat.

Malaysia cukup terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang menggunakan gula sebagai penyedap rasa. Umum mengetahui Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes kelima tertinggi di dunia.

- Advertisements -

Pengambilan gula yang berlebihan sudah pasti membawa kemudaratan. Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Dr, Dzulkefly Ahmad mengumumkan bahawa kerajaan akan meningkatkan kadar cukai minuman bergula (SSB).

- Advertisements -

Dalam pada itu, cadangan ini diambil setelah melihat kejayaan kerajaan dalam mengawal penggunaan minuman manis yang berlebihan. Dr. Dzulkefly juga menjelaskan bahawa statistik menunjukkan SSB telah berjaya mengurangkan penggunaan gula.

Menteri Kesihatan itu juga memberitahu dengan kenaikan cukai gula sebanyak 10 sen seliter di bawah Bajet 2024 kepada 50 sen seliter telah menyebabkan penggunaan minuman manis menurun sebanyak 9.25% di seluruh negara.

- Advertisements -

Dr. Dzulkefly berkata cukai yang baru ini juga bukanlah untuk membebankan rakyat tetapi ia merupakan langkah yang proaktif oleh kementerian untuk mengurangkan peningkatan penyakit lebih-lebih lagi Diabetes.


We are hiring writers!
We are hiring writers!