fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Jual Nasi Lemak RM1, Peniaga Akui Harga Barang Naik Bukan Jadi Satu Alasan!

Terima kasih orang baik!

Seorang peniaga nasi lemak berjaya menarik perhatian di media sosial apabila menjual nasi lemak dengan harga serendah RM1.

Bukan itu sahaja, perkara terbabit turut menjadi perbincangan hangat dalam kalangan warganet dan ada juga yang mempersoalkan tindakan peniaga tersebut menjual makanan dengan harga terlalu murah.

- Advertisements -
@ezlokal.food Harga barang turun naik tapi masih ada peniaga yang menjual harga murah untuk semua dapat merasa. Kita doakan peniaga begini murah rezeki. Betul ke ramai lagi suka nasi lemak telur rebus? #myfoodie #makanlokal #klfoodie #foodexploration #viral #streetfood #streetfoodlover #nasilemakrm1 #nasilemak #cheras #kualalumpur #foodie #makananviral #menupelik #bandarsripermaisuri #nasilemakmurah ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Menerusi hantaran di TikTok @ezlokal.food, peniaga nasi lemak mesra disapa Mira menegaskan dirinya tetap menjual makanan itu dengan harga RM1 biarpun harga bahan mentah sering berubah.

“Yang lalu-lalu ni banyak orang yang nak pergi kerja. Dengan harga RM1 dan RM3, mungkin senang nak beli.

“Walaupun bayar harga murah, dia boleh rasa ayam, udang, kerang dengan harga RM3,” ucap Mira.

Dalam pada itu, Mira turut berpendapat pelanggan perlu memahami situasi para peniaga dan cakna akan harga barangan yang semakin meningkat menyebabkan kos pengeluaran semakin bertambah.

Peniaga nasi lemak itu memberitahu usaha menjual makanan dengan harga yang murah memberikan peluang kepada semua untuk merasai nasi lemak resepi turun-temurun ibu saudaranya biarpun tidak mendapat untung yang terlalu tinggi.

Walaupun harga barang turun naik tapi masih ada peniaga yang jual murah.

Meninjau ruangan komen, warganet memuji usaha yang dijalankan oleh usahawan muda yang dikenali sebagai Mira dan ada juga segelintir wargamaya yang tidak sabar untuk merasai sendiri makanan di gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!