fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

“Jual Murah Ada Untung Ke?” – Dessert Cakes RM1 Paling Murah Di Shah Alam

Murah rezeki.

Tular di media sosial, sebuah gerai manisan menjual pencuci mulut dengan harga yang sangat murah dan telah mengundang pelbagai rekasi warganet.

@boekktv Makanan, desert, cakes semua RM1 . Beli banyak pun bolehh. Dessert Cakes RM1 Seksyen 14 Shah Alam #dessert #cakes #cheesetart #kekbatik ♬ original sound – boekktv

Menerusi hantaran di TikTok @boektv, memaparkan peniaga terbabit memberitahu semua kek dan manisan dijual dengan harga RM1.

- Advertisements -

“Semua dessert di sini RM1 sahaja.

“Kami jual kek RM1 dan bukan hanya dessert sahaja, ada juga kek slice, dan bermacam jenis tart,” jelas peniaga Dessert Cakes RM1

Sementara itu, peniaga terbabit memberitahu sebab utama menjual dengan harga yang murah kerana tidak mahu para pelanggannya merasa terbeban untuk membeli pencuci mulut dengan harga yang mahal.

“Kenapa saya jual RM1 sebab kalau nak keluarkan RM5 hanya untuk pencuci mulut saya rasa agak mahal dan tidak semua mampu membelinya.

“Bila ada dessert harga RM1, boleh lah orang lain nak beli dan rasa kerana harga pun berpatutan,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, peniaga terbabit memberitahu tidak meletakkan sebarang tax atau bayaran tambahan bagi sebarang tempahan yang melibatkan pesanan dengan jumlah yang banyak.

Meniaga konsep sambil sedekah lebih bagus. Ikut pada peniaga juga InshaAllah mendatangkan rezeki.

Untuk info, Dessert Cake RM1 berlokasi di Dessert Stop, Jalan Majlis, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > “Jual Murah Ada Untung Ke?” – Dessert Cakes RM1 Paling Murah Di Shah Alam