fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Jual 3 Phase Ice Cream RM18, Ini Penjelasan Aunty Ja – “Aiskrim Tak Kosong, Ada Isi Dalam”

Kualiti premium
Home > WeirdKaya BM > Jual 3 Phase Ice Cream RM18, Ini Penjelasan Aunty Ja – “Aiskrim Tak Kosong, Ada Isi Dalam”

Usahawan muda, Siti Hajar Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Aunty Ja tampil menjelaskan isu yang tular berkaiatan pernigaannya yang dikatakan menjual dengan harga yang terlalu mahal.

@sukadessert.hq Darlings jelas tak penerangan Auntie Ja? Jika tak jelas, darlings cuba sendiri. 😁😍 #3phaseicecream ♬ original sound – Sukadessert.hq

Menerusi hantaran TikTok, Suka Dessert memuat naik video memaparkan Aunty Ja menjawab segala kontroversi berkaitan menu barunya iaitu 3 phase ice cream yang dijual dengan harga RM18.

- Advertisements -

Menerusi satu hantaran di TikTok, Suka Dessert telah memuat naik video memaparkan Siti Hajar atau mesra dipanggil Auntie Ja sedang menjelaskan mengapa pihaknya memilih untuk menjual hidangan itu dengan harga RM18.

Menurut Aunty Ja, pencuci mulut itu dijual sedikit mahal kerasa menggunakan bahan yang berkualiti dan memerlukan teknik khusus dalam proses pembuatannya.

“Aunty akan tunjukkan kepada anda semua, apa yang ada dalam aiskrim ini. Aiskrim ni dia tak kosong, dia ada isi dalam.

“Aiskrim ni bukan aiskrim biasa, Aunty Ja gunakan gelato. Aiskrim gelato yang kita guna tiada bahan tiruan dan tidak menggunakan telur. Mari kita belah dan lihat apa yang ada dalam kon aiskrim ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aunty Ja memberitahu terdapat tiga jenis makanan yang ada dalam aiskrim berkenaan iaitu aiskrim gelato di bahagian atas, coklat cair di bahagian tengah dan diakhiri dengan brownies di bahagian bawah.

“Dalam aiskrim Suka Dessert ni, kita ada brownies yang tak dipenyet-penyet. Dekat bahagian tengah ada coklat. Jadi sesiapa yang tak makan manis, disarankan tidak membeli aiskrim ni sebab ada coklat cair yang diimport.

“Aiskrim pula kita guna aiskrim gelato jadi ia tak berais. Sebab tu Aunty Ja panggil dia 3 phase ice cream kerana dia ada ais krim, dia ada coklat cair dan brownies,” tambahnya lagi.

Hairan yang dok memekak cakap mahal ni hampa pernah try beli aiskrim gelato tak?🙂‍↔️

Meninjau ke ruangan komen, warganet mempertahankan Suka Dessert dan ada juga yang mengakui produk yang dijual oleh usahawan terbabit mempunyai kualiti yang bermutu tinggi.

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!