fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Jofliam Sah Milik Dewi, Usahawan Pizza Wagyu Kembali Bergelar Suami

Tahniah

Usahawan dan pempengaruh, Jofliam selamat menikah bersama pasangan pilihan hatinya iaitu Emira Delyati atau lebih dikenali sebagai Dewi pada Sabtu.

Jofliam menamatkan zaman dudanya, di sebuah majlis akad nikah yang dilakukan secara tertutup melibatkan keluarga dan kenalan rapat sahaja.

- Advertisements -

Jofliam menikah

Menerusi perkongsian Instagram Stories, Munstara Event, memaparkan Jofliam mengenakan persalinan baju Melayu berwarna putih manakala Dewi mengenakan busana putih bersalaman bersama lelaki idamannya, Jofliam.

Sebelum ini, kad jemputan perkahwinan mereka tersebar di media sosial yang memberitahu majlis berlangsung pada April malah Dewi juga memuat naik satu hantaran mengenakan busana pengantin menguatkan lagi spekulasi mengatakan mereka berdua bakal berkahwin.

Artikel lain: Cik Epal & Jofliam Sahkan Hubungan 10 Tahun Berakhir Dengan Penceraian – “Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja”

Terdahulu, Jofliam pernah mendirikan rumah tangga bersama pemengaruh Cik Epal pada 1 Jun 2014 sebelum berpisah pada 9 Oktober tahun lalu. Mereka berdua dikurniaakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki hasi perkahwinan tersebut.

Sumber: munstara.event


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Jofliam Sah Milik Dewi, Usahawan Pizza Wagyu Kembali Bergelar Suami