Pelakon dan penyanyi, Janna Nick mengumumkan dia dan suami, pelakon Dini Schatzmann akan berpindah ke luar negara dalam tempoh terdekat.

Menerusi hantaran di TikTok, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 30, menziarahi datuk dan neneknya di Kedah sebelum pasangan ini berangkat ke luar negara.
@jannanickofficial Semoga Allah panjangkan umur tok & wan #movingabroad ♬ Rahsia Tuhan – Noh Salleh
“Balik kampung, sebelum kami pindah jauh dari sini nak ucap selamat tinggal tapi bukan untuk selamanya,” kata Janna di TikTok, semalam.
Dalam perkongsian itu, Janna dilihat menjamah air tangan neneknya buat kali terakhir sebelum bertolak pergi dan yakin makanan itu akan menjadi kenangan apabila sudah berjauhan nanti.

Bagaimanapun, Janna tidak menerangkan lebih lanjut tujuan utama dia dan suami terpaksa meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke luar negara.
“Tok (nenek) cakap dia dah tak larat nak masak tapi masih degil tetap nak juga masak.
“Setiap kali balik, Tok tetap nak sediakan pinggan walaupun dia tahu cucu dia boleh ambik sendiri. Dulu lauk penuh atas meja sekarang tak ada kudrat lagi tapi rasa masih tetap sama,” luahnya.

Bukan itu sahaja, Janna turut berkongsi gelagat datuknya yang teruja setiap kali menyambut kepulangannya di kampung biarpun keadaan fizikal yang semakin uzur.
“Tok wan (datuk) pula teruja setiap kali cucu dia balik. Perangai Dini sama macam tok wan, suka berkemas tapi Tokwan dah tak larat dah. Setiap kali saya nak balik dia akan menangis.
“Terima kasih tok wan dan tok ajar angah apa itu erti kasih sayang yang sebenar, nanti tunggu angah balik ok,” tambahnya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan dan menerima lebih 114,000 tanda suka.
Sumber: TikTok jannanick95
